Projek Taman Tugu merupakan inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) bukan berasaskan keuntungan yang diterajui oleh Khazanah Nasional Berhad dengan kerjasama pelbagai agensi sektor awam, syarikat sektor swasta dan organisasi masyarakat sivil.
Skop dan kos projek ini telah melalui beberapa lelaran berdasarkan maklum balas daripada pihak berkepentingan utama, penglibatan dengan sektor awam serta peruntukan bajet. Projek Taman Tugu merangkumi dua (2) komponen yang berikut:
Memulihara dan mengaktifkan green lung di tengah bandaraya Kuala Lumpur untuk menjadikan ia taman hutan bandar untuk komuniti.
Mewujudkan sebuah amanah awam national bagi memiliki, menguruskan serta melindungi Taman Tugu dan asset lain yang berkemungkinan mempunyai nilai warisan – termasuk warisan semulajadi kita.
Taman Tugu

Taman hutan bandar ini akan menawarkan sebuah ruang hijau awam yang menyegarkan untuk digunakan, dinikmati, dialami dan dimiliki oleh komuniti.
Terletak bersebelahan dengan Tugu Negara, rentis hutan Taman Tugu mempunyaipersekitaran yang tenang dengan lebih 5,000 pokok hutan hujan asli Malaysia.

Amanah Awam Nasional

Sebuah Amanah, yang diperbadankan sebagai Amanah Warisan Negara (“AWAN”), pada mulanya akan memberikan tumpuan pada usaha memiliki, menguruskan dan memelihara Taman Tugu sebagai ruang hijau awam untuk selama-lamanya.
Di masa akan datang, AWAN juga akan melaksanakan lebih banyak projek yang melibatkan aset-aset warisan yang mempunyai kepentingan nasional.

Garis Masa Projek Taman Tugu
Konsep dan Kelulusan
Perasmian Projek
Sesi Maklum Balas Awam dan sesi bertemu rakyat Taman
Pengenalpastian tapak semaian dan menyediaan pokok di tapak semaian
Pembinaan struktur di tapak taman
Landskap dan membaikpulih hutan di tapak Taman Tugu
Previu Laluan Hutan
Kawasan Komuniti Surau-Jumaat, Laluan Kembara, kuil Hindu dan Pejabat Penyenggaraan Taman
Tapak Perkhemahan dan Laluan Hutan yang Lain
Dek Pemantauan, Cafe, Kedai-kedai, Laluan Hutan Bertingkat, tasik, Kawasan Paya dan Kawasan Permainan Air, Parkir, F&B dan Ruang Acara
Kajian kebolehlaksanaan terperinci dan pengenalpastian laluan perantaraan dan titik hubungan
Pembinaan laluan perantaraan
Semua laluan perantaraan
Kajian kebolehlaksanaan terperinci, rekabentuk seni bina dan perancangan kawasan
Pembinaan Khazanah ILMU
Landskap dan membaikpulih hutan di tapak Khazanah ILMU
Khazanah ILMU
Penulisan draf Surat Ikatan Amanah
Pelantikan Pemegang Amanah (Trustees) dan serahan Surat Ikatan Amanah
Pemerbadanan Amanah
Tabung Rang Undang-Undang Amanah Nasional