Perkembangan Semasa

AADK Go Green di Taman Tugu

Lokasi: Taman Tugu
Tarikh: 16 Julai 2019

Pada pagi hari ini, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (“AADK”), sebuah agensi kerajaan di bawah Kementerian Dalam Negeri yang menguruskan hal-hal berkaitan membanteras penyalahgunaan dadah di Malaysia, melancarkan secara rasmi program “Go Green” atau “Jom Hijau” di mana sebilangan kakitangan AADK dan “klien-klien” di bawah jagaan mereka telah membantu kami dan rakan sepejuangan kami Global Environment Centre(“GEC”) untuk memulihkan aliran anak sungai di denai Taman Tugu Fasa 2.

Program pada hari itu bermula di tapak semaian (Nurseri) Tugu Taman dengan pendaftaran klien-klien dan sarapan ringan. Progam “Go Green” tersebut telah dirasmikan oleh Dato’ Izhar bin Abu Talib, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) AADK, dengan upacara pemotongan reben yang ringkas diikuti oleh ucapan pendek yang menjelaskan secera ringkas tujuan program “Go Green” untk menerapkan kesedaran terhadap kepentingan pemeliharaan alam semula jadi dalam program-program sosial dengan klien-klien di bawah jagaan mereka.

Pasukan Taman Tugu turut menyampaikan Dato’ Izhar sepohon anak pokok Merbau yang dibiak di Nurseri Taman sebagai tanda penghargaan atas sokongan di AADK terhadap Taman Tugu dan Projek Taman Tugu secara keseluruhannya. Kemudiannya  penerangan ringkas oleh GEC tentang saliran air dan kepentingannya kepada ekosistem diberikan diikuti dengan taklimat mengenai aktiviti pada hari tu. Dari situ, para peserta bergerak kearah tapak pemulihan anak sungai tersebut sambil diberi lawatan berpandu melalui denai-denai Taman Tugu ke arah anak sungai di Kawasan Fasa 2 di mana para peserta telah membersihkan sisa-sisa hutan dari sumber mata air aliran anak sungai tersebut untuk membolehkan airnya mengalir dengan lancar.

Selepas aktiviti  tersebut, para peserta menyambung semula lawatan berpandu mereka dan bergerak kembali ke arah Nurseri Taman Tugu. Selepas itu, program hari itu diakhiri dengan sesi “refleksi” yang diikuti dengan makan tengahari di Taman Tugu Nurseri.

Peserta-peserta program Go Green tersebut amat kagum dengan hutan di bandar in – mereka tidak tersangka bahawa tempat seperti Taman Tugu wujud. Mereka menghargai usaha pemulihan hutan dan menyatakan mereka akan kerap mengunjungi Taman Tugu bersama keluarga masing-masing.

 Aktiviti pemulihan sungai seperti ini merupakan satu proses yang berterusan dan matlamat kami ialah untuk memulihkan aliran anak sungai in dengan sepenuhnya supaya ia dapat mengimbangan dan menstabilkan ekosistem di Taman Tugu, kerana sungai dan saliran air semulajadi merupakan sebahagian daripada ekosistem tersebut. Di samping itu, kami sedang erat bekerjasama dengan GEC untuk menjayakan Pusat Pendidikan Sungai-sungai di Taman Tugu yang mengajurkan kelas-kelas terbuka yang tertumpu kepada pemuliharaan sungai dan pengajaran mengenai kepentingan saliran air tempatan dan membekalkan orang ramai dengan ilmu untuk melindungi saliran tersebut daripada pencemaran. Kelas-kelas ini bertujuan untuk melahirkan masyarakat prihatin kepada sungai-sungai dan alam semulajadi.

Kami amat berharap agar program ini dapat memupuk rasa tanggungjawab milik dan menjaga alam persekitaran dan semula jadi serta bertindak sebagai platform untuk mendeadhkan lagi orang ramai kepada alam semula jadi dan untuk menyebarkan pemahaman mengenai ekosistem kami  serta bagaimana kami semua terhubung antara satu sama lain. Usaha-usaha ini adalah untuk masyarakat umum dan kami berharap dengan meluangkan lebih banyak masa dalam alam semulajadi, ia secara tidak langsung akan memupuk dan menanam semangat pencinta alam di kalangan mereka.

 Dengan itu, kami dengan rendah hati mengucapkan ribuan penghargaan kepada pihak AADK atas sokongan mereka terhdap projek Taman Tugu dan inisiatif pemuliharaan kawasan hijau awam.

Sekiranya anda atau organisasi anda ingin menganjurkan sebarang acara dan / atau aktiviti-aktiviti di Taman Tugu, atau jika anda berminat atau ingin menyertakan anak-anak anda untuk program pusat pendidikan Sungai terbuka  ini, sila email kami di greenscene@tamantuguproject.com.my.



top