Adopsi Elemen Taman

Terdapat beberapa elemen-elemen taman yang telah disediakan di sekitar tapak Taman Tugu untuk diambil angkat – terutamanya di Tapak Semaian Taman Tugu (Nursery) dan di sepanjang laluan denai hutanTaman Tugu. Beberapa elemen-elemen taman tersebut boleh diambil angkat secara tahunan atau diambil angkat untuk selama-lamanya (into perpetuity).

Tapak Semaian Taman Tugu

  • Tapak Semaian Taman Tugu merangkumi kawasan seluas 11,000 kaki persegi dan dikelilingi hutan hijau yang subur di tengah-tengah suasana yang sungguh menyenangkan.
  • Tapak semaian tersebut merumahkan pelbagai aktiviti dan program seperti yoga, zumba, program pendidikan, sesi teambuilding, majlis makan malam, dan acara-acara peribadi.
  • Kemudahan seperti tempat letak kereta, tandas, bilik bayi, tandas OKU dan bilik-bilik mandi disediakan untukorang ramai.
  • Dalam Tapak tersebut ini, ruang-ruang “The Shed“ dan “The Kiosk” boleh diambil angkat.

Laluan denai hutan Taman Tugu

  • Laluan-lauan denai hutan Taman Tugu mempunyai lauan denai hutan sejauh 5km dan dibuka setiap hari kepada orang ramai dari pukul 7.00 pagi hingga 6.30 petang. Kemasukan adalah percuma dan berakhir pada jam 5.45 petang.
  • Kini terdapat 3 laluan denai hutan yang boleh diambil angkat di Taman Tugu. Malah pokok- pokok, gazebo, bangku dan set-set buaian yang terdapat di sepanjang laluan juga boleh diambil angkat.
Klik untuk imej besar
Klik untuk imej besar

Bagaimana Pengambilan Anda Akan Membantu

  • Walaupun pembiayaan awal selama 3 tahun telahpun diperuntukkan kepada Amanah untuk operasi, penyelenggaraan, perkongsian dan pembangunan komuniti Taman Tugu, AWAN harulsah kekal mampan supaya ia dapat terus beroperasi secara bebas.
    Nota: 75% jumlah dana pengoperasian ruang hijau ternama seperti Central Park di New York terdiri daripada sumbangan derma orang ramai
  • Sumbangan anda akan bantu mengekalkan tapak Taman Tugu seluas 66 ekar dan memastikan pengunjung ke Taman Tugu dapat terus menikmati laluan-laluan denai yang diselenggara dengan baik serta kemudahan-kemudahan yang bersih dan berfungsi sepanjang tahun. Belanjawan operasi Taman Tugu merangkumi kos untuk penyelenggaraaan laluan dan pokok, pasukan keselamatan, kemudahan-kemudahan awam, pengurusan sisa, aktivit pengaktifan ruang-ruang dan penglibatan dengan komuniti kurang bernasib baik.
  • Akhir sekali, sumbangan anda akan membantu inisiatif pemeliharaan warisan semula jadi kita, dan akan dikecualikan cukai di bawah sub-seksyen 44(11C) Akta Cukai Pendapatan 1967.

Pengambilan Tahunan

Pilihan A – Pengambilan ruang “The Shed”

  • Organisasi anda akan mempunyai hak penamaan ke atas nama ruang “The Shed” contohnya “The xxxx Shed”.
  • Ruang ini sering digunakan untuk menjalankan aktiviti seperti yoga, zumba, acara dan sebagainya.
  • Logo atau jenama organisasi anda juga akan tertera pada laman web kami dan dimasukkan dalam pertalian komunikasi yang relevan dan/atau media sosial.
Flowga at the Shed
Signage at The Shed (double sided).
Size : 3040mm x 340mm

Pilihan B – Pengambilan ruang “Kiosk”

  • Organisasi anda akan mempunyai hak penamaan ke atas nama ruang “Kiosk” contohnya “The xxxx Kiosk”.
  • Ruang ini digunakan setiap minggu untuk program pendidikan, majlis syarikat atau acara teambuidling, dan juga kerap ditempah untuk acara-acara peribadi.
  • Logo atau jenama organisasi anda juga akan tertera pada laman web kami dan dimasukkan dalam pertalian komunikasi yang relevan dan/atau media sosial.
An activity at the Kiosk
Signage at The Kiosk (double sided).
Size : 3040mm x 340mm

Pilihan C – Pengambilan Gazebo di CP24

  • Organisasi anda diberi ruang untuk memasukkan logo atau jenama dan mesej organisasi pada papan-papan tanda di Gazebo tersebut.
  • Gazebo ini sememangnya menjadi tarikan di kalangan pengunjung (tua dan muda) dan sangat sesuai untuk dijadikan bahan Instagram.
  • Logo atau jenama organisasi anda juga akan tertera pada laman web kami dan dimasukkan dalam pertalian komunikasi yang relevan dan/atau media sosial.
Size : 690mm x 2000mm

Pilihan D – Menerima pakai Gazebo di CP16

  • Organisasi anda diberi ruang untuk memasukkan logo atau jenama dan mesej organisasi pada papan-papan tanda di Gazebo tersebut.
  • Sememangnya Gazebo ini adalah satu-satunya tempat singgahan orang ramai di laluan denai Taman Tugu, dan juga hentian popular orang ramai untuk bergambar.
  • Logo atau jenama organisasi anda juga akan tertera pada laman web kami dan dimasukkan dalam pertalian komunikasi yang relevan dan/atau media sosial.
Size : 2880 mm x 560mm

Pilihan E – Penerimaan Jejak

  • Pada masa ini terdapat 3 laluan denai hutan utama yang boleh diambil angkat. Laluan Hijau sejauh 1.5km, Laluan Kuning sejauh 1.5km dan Laluan Nurseri.
  • Organisasi anda akan mempunyai hak penamaan ke atas laluan denai yang diambil angkat.
  • Nama organisasi akan tertera pada semua papan notis di pintu-pintu masuk dan disekitar kawasan Tapak Semaian (Nurseri) – terdapat 4 papan notis.
  • Nama organisasi juga akan muncul pada papan-papan “checkpoint” sepanjang laluan denai hutan yang diambil angkat.
  • Logo atau jenama organisasi anda juga akan tertera pada laman web kami dan dimasukkan dalam pertalian komunikasi yang relevan dan/atau media sosial.
Click to enlarge
Size : 210 mm x 297mm
Visitors in the Taman Tugu trail

Pengambilan untuk Selama-lamanya (“Into Perpetuity”)

Pilihan A – Pengambilan Pokok (setinggi 10kaki / 3m)

  • Anda akan diberi peluang untuk memilih pokok atau kelompok pokok yang anda ingin ambil angkat. Pokok-pokok ini adalah sebahagian daripada 4,100 pokok hutan pribumi Malaysia tambahan yang ditanam sepanjang laluan Taman Tugu dan kira-kira 10 kaki (3m).
  • Anda juga diberi peluang untuk menggantungkan sebuah pada papan tanda kecil pada pokok-pokok anda yang bersertakan mesej peribadi anda (dalam ruang yang ditetapkan).
Tree ~10ft (3m)
Visual of the tree signage
Size : 135mm (w) x 100mm (h)

Pilihan B – Pengambilan Bangku

  • Terdapat beberapa bangku di sepanjang laluan Taman Tugu yang boleh diambil angkat. Anda boleh memilih bangku anda ingini dan diberi peluang untuk menggantungkan sebuah pada papan tanda kecil pada bangku tersebut yang bersertakan mesej peribadi anda (dalam ruang yang ditetapkan).
A bench in the trails

Pilihan C – Pengambilan Buaian

  • Di sepanjang laluan Taman Tugu, kami telah meneydiakan set-set buaian untuk kanak-kanak dan orang dewasa. Set-set buaian tersebut juga merupakan perhentian rehat yang amat popular dikalangan pengunjung-pengunjung Taman ini.
  • Anda boleh memilih set buaian yang diingini dan untuk menggantungkan sebuah pada papan tanda kecil pada buaian tersebut yang bersertakan mesej peribadi anda (dalam ruang yang ditetapkan).

Plaque size comparison between Double swing and Single swing in trails.
Double swing size : 155mm (w) x 240mm (h)
Single swing size : 115mm (w) x 175mm (h)

Terima kasih

  • Dengan rendah hati kami mengucapkan terima kasih kerana meluangkan masa untuk membaca tentang Taman Tugu dan usaha-usaha kami membina dananya, serta atas minat dan sokongan anda ke arah kemampanan Projek Taman Tugu.
  • Dengan sokongan murah hati individu-individu dan syarikat-syarikat, alam semula jadi dan ruang-ruang hijau kita semestinya dapat dikekalkan, dipelihara dan dikekalkan, bukan hanya untuk kita (atau seumur hidup kita) tetapi untuk generasi akan datang.
  • Sekali lagi, sumbangan anda akan menyumbang kepada belanjawan operasi yang merangkumi kos untuk mengekalkan laluan dan pokok, pasukan keselamatan, kemudahan, pengurusan sisa, pengaktifan ruang dan penglibatan dengan komuniti kurang bernasib baik. Sumbangan anda juga akan bantu mengekalkan tapak Taman Tugu seluas 66 ekar dan memastikan pengunjung ke Taman Tugu dapat terus menikmati laluan-laluan denai yang diselenggara dengan baik serta kemudahan-kemudahan yang bersih dan berfungsi sepanjang tahun.
  • Sokongan dan sumbangan anda akan dikecualikan cukai di bawah sub-seksyen 44(11C) Akta Cukai Pendapatan 1967.
  • Sila hubungi kami di ask@tamantuguproject.com.my sekiranya anda berminat untuk mengguna mengambil angkat Elemen-elemen taman Taman Tugu atau mempunyai sebarang pertanyaan lanjut. Sila ambil perhatian bahawa pengambilan Elemen-elemen taman Taman Tugu Park adalah berdasarkan dasar ‘siapa cepat dia dapat’.