Perkembangan Semasa

Aktiviti Menanam di Taman Tugu #2


Tarikh: 11 Ogos 2018
Lokasi: Tapak Semaian Taman Tugu

Sebagai sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat (“CSR”) mereka, pasukan Perundingan Risiko PwC Malaysia telah menanam 12 batang pokok berketinggian antara 3 – 8 meter di sepanjang rentis baharu Projek Taman Tugu yang akan dibuka kepada orang ramai pada bulan September tahun ini. Di samping 19 peserta daripada pasukan Perundingan Risiko Malaysia PwC, kini sejumlah 1,010 individu telah memberikan sumbangan bermakna kepada Projek Taman Tugu.

Ini merupakan aktiviti penanaman pertama melibatkan pokok yang berketinggian melebihi 2 meter dan juga pokok buah-buahan ditanam oleh tetamu kami. Antara pokok yang ditanam termasuk pokok Raja Buah, iaitu pokok durian (Nama saintifik: Durio lawianus daripada keluarga Malvaceae) dan pokok rambutan (Nama saintifik: Nephelium lappaceum daripada keluarga Sapindaceae).

Hakikatnya aktiviti sebeginilah yang membolehkan pasukan tersebut menyelami betapa sukarnya jerih payah menanam pokok demi memulihara dan melindungi ruang hijau. Menerusi aktiviti ini juga, mereka juga dapat memahami betapa pentingnya kerja berpasukan.

Pasukan Perundingan Risiko daripada PwC Malaysia telah meraih pengalaman yang tidak dapat dilupakan dan mereka amat teruja menantikan pembukaan Taman Tugu.

Kami berbesar hati dapat menjadi juruacara kepada pasukan Perundingan Risiko daripada PwC Malaysia dan kami ingin merakamkan terima kasih yang setinggi-tingginya atas usaha dan kegigihan mereka dalam memulihara dan melindungi Taman Tugu.

Jika anda berminat untuk menyertai program Berjalan Kaki Mingguan pada Hari Jumaat atau anda ingin mengambil bahagian secara sukarela dalam aktiviti projek Taman Tugu, sila kirimkan e-mel anda kepada kami di admin@tamantuguproject.com.my.



top