Perkembangan Semasa

Aktiviti Menanam di Taman Tugu #3

Tarikh: 15 Ogos 2018
Lokasi: Tapak Semaian Taman Tugu

Lee Kum Kee (M) Foods Sdn. Bhd. (“Lee Kum Kee”) telah melaksanakan aktiviti penanaman pokok di Taman Tugu dengan kerjasama Landskap Malaysia sebagai sebahagian daripada inisiatif Tanggungjawab Sosial korporat (“CSR”). Lee Kum Kee ialah sebuah syarikat berusia 130 tahun yang mempercayai bahawa kemampanan merupakan perkara yang penting dalam memastikan masa depan yang lebih baik.

Sejumlah 30 kakitangan Lee Kum Kee menanam lebih 60 pokok renek di sepanjang rentis hutan di Taman Tugu. Lee Kum Kee merupakan kumpulan kedua yang menanam fauna di sepanjang rentis hutan yang baru diterokai ini, yang kini sedang dalam proses pembangunan. Selepas program menanam pokok renek, pasukan daripada Lee Kum Kee seterusnya mengikuti acara berjalan kaki berpandu di rentis hutan.

Sesi tersebut diakhiri dengan sesi makan tengah hari di bangsal Tapak Semaian Taman Tugu. Kumpulan daripada Lee Kum Kee yang pemurah ini juga telah menyediakan makanan untuk pasukan Taman Tugu.

Sesungguhnya kami amat berbesar hati dapat menjadi juruacara kepada kumpulan daripada Lee Kum Kee dan kami berasa teruja untuk membawa lebih banyak kumpulan korporat bagi membantu membina sebuah kawasan hijau (green lung) untuk negara kita.

Jika anda berminat untuk menyertai program Berjalan Kaki Mingguan atau anda ingin mengambil bahagian secara sukarela dalam aktiviti projek Taman Tugu, sila kirimkan e-mel anda kepada kami di admin@tamantuguproject.com.my.



top