Perkembangan Semasa

Aktiviti Menanam oleh Kanak-Kanak di Taman Tugu #1

 

Tarikh: 13 & 20 Julai 2018
Lokasi: Tapak semaian Taman Tugu

Kami menjadi juruacara bagi 50 kanak-kanak berusia antara 7-11 tahun daripada Yayasan Dignity for Children untuk menanam pokok renek dan pokok kecil di sepanjang Rentis Hutan Taman Tugu.

Yayasan Dignity for Children merupakan sebuah NGO dengan objektif untuk menyediakan pendidikan holistik kepada kanak-kanak yang datang daripada latar belakang sosioekonomi yang kurang bernasib baik dan juga kanak-kanak pelarian.

Kanak-kanak Yayasan tiba di Tapak Semaian Taman Tugu dengan penuh bersemangat dan keterujaan yang penuh bertenaga serta ingin terus melakukan aktiviti penanaman! Walau bagaimanapun, kami memulakan acara dengan sarapan yang ringkas dan sesi ‘suai kenal’ bersama kanak-kanak tersebut dan diikuti dengan lawatan berpandu ke rentis hutan Taman Tugu.

Seterusnya, kanak-kanak Yayasan diberi kebebasan untuk memilih pokok daripada Tapak Semaian Taman Tugu yang mereka ingin untuk ditanam di rentis hutan.

Tenaga yang diserlahkan oleh kanak-kanak Yayasan dengan pantas merebak ke keseluruhan pasukan, walaupun ia lebih cepat menjadi pudar di pihak kami.

Sesi tersebut diakhiri dengan jamuan makan tengah hari dan satu siri soalan mengenai Taman Tugu dan aktiviti rentis hutan. Meskipun aktiviti yang telah dilalui memenatkan, kanak-kanak Yayasan masih bertenaga dan mereka tidak sabar untuk pulang dengan membawa bersama cenderamata yang diperoleh untuk menyampaikan cerita kepada keluarga masing-masing tentang hari yang amat menarik yang telah dilalui dan banyak perkara yang telah dipelajari. Satu perkara yang telah dipelajari oleh mereka ialah bahawa banyak usaha dan kesabaran diperlukan untuk menanam pokok, walaupun pokok yang sekecil-kecilnya, dan pokok adalah amat penting untuk kehidupan kita.

Kami berasa amat berbesar hati dapat menjadi juruacara kepada kanak-kanak Yayasan ini dan memberi mereka pengalaman berharga melibatkan diri dalam pembangunan taman ini; hakikatnya taman ini dibangunkan untuk mereka dan juga generasi yang akan datang.

Jika anda berminat untuk mengambil bahagian dalam program Berjalan Kaki Mingguan Jumaat atau anda berminat untuk mengambil bahagian dalam aktiviti sukarela bagi projek Taman Tugu, sila kirimkan e-mel anda kepada kami di admin@tamantuguproject.com.my.



top