Amanah Awam Nasional

Dalam melaksanakan pelbagai inisiatif tanggungjawab sosialnya (“CSR”), Khazanah Nasional sentiasa memberikan tumpuan pada kemampanan inisiatif ini dalam tempoh jangka panjang.

Apabila idea tentang Taman Tugu diutarakan pada kali pertama, idea ini diletakkan syarat bahawa Taman Tugu hendaklah dipelihara untuk kekal selama-lamanya.

Kertas cadangan Khazanah telah diluluskan oleh Majlis Ekonomi Malaysia pada bulan September 2015 dan seterusnya oleh Kabinet Malaysia pada bulan Julai 2016. Kelulusan tersebut memastikan komponen taman bagi Projek Taman Tugu dipindahkan kepada sebuah amanah awam dan dikekalkan sebagai sebuah ruang hijau awam untuk selama-lamanya.

Semenjak bulan Julai, Amanah tersebut, iaitu Amanah Warisan Negara (“AWAN”) telah diwujudkan dengan rasminya di bawah Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952. AWAN merupakan amanah awam yang diperbadankan dengan matlamat jangka panjang untuk melaksanakan lebih banyak projek yang melibatkan peremajaan, rehabilitasi dan/atau operasi ruang awam terpilih bersama-sama dengan aset warisan yang mempunyai kepentingan nasional – sebagaimana yang diinspirasikan oleh National Trust for Places of Historic Interest atau Natural Beauty atau yang lebih dikenali sebagai National Trust UK.

Kami kini bekerjasama dengan beberapa kementerian yang relevan berkaitan dengan pemindahan 66 ekar tapak Taman Tugu kepada AWAN untuk diuruskan dan dipelihara selama-lamanya sebagai sebuah ruang hijau awam, dan juga untuk mewujudkan sebuah Akta Baharu bagi mentadbir AWAN dengan lebih baik.

Lembaga Pemegang Amanah AWAN dilantik secara rasmi oleh Khazanah Nasional sebagai Pengasas Amanah tersebut. Sebuah badan pengurusan di bawah Amanah tersebut akan dilantik untuk menguruskan operasi harian, memantau penyelenggaraan dan menerajui aktiviti pengumpulan dana bagi pemeliharaan taman dan aset-aset lain pada masa hadapan. Menjadi hasrat Pengasas bahawa Amanah tersebut akan berusaha untuk mencapai kemampanan kendiri, dan mengurangkan pergantungan pada Pengasas sehinggalah ia dapat akhirnya beroperasi sebagai sebuah amanah awam yang bebas.

Peranan serta-merta Yayasan Amanah Awam ini adalah untuk:

1Memiliki tanah, bangunan serta aset (kemudahan) di dalam kawasan Taman Tugu; dan

 

2Menguruskan (mengendalikan), memantau, serta menyelenggarakan Taman Tugu.

Lembaga Pemegang Amanah terdiri daripada:

  • Datuk Shahril Ridza Ridzuan (Chairman)
  • YAM Tunku Ali Redhauddin Ibni Tuanku Muhriz
  • Tan Sri Zarinah Anwar

 

Pengerusi AWAN di Taman Tugu

 

Pemeriksaan tapak oleh para pemegang amanah