Perkembangan Semasa

Anugerah Tender bagi Bekalan dan Penanaman Pokok

Kami ingin mngucapkan tahniah dan mengalu-alukan penyertaan Forest House Sdn. Bhd. (Forest House) ke Projek Taman Tugu. Forest House telah dianugerahkan tender untuk bekalan, penanaman, penyelenggaraan dan jaminan (sehingga 2 tahun) atas pokok-pokok bagi keseluruhan tapak Taman Tugu.

Tender bagi bekalan dan penanaman pokok ini adalah tender yang tertutup kepada 16 pembekal berdasarkan cadangan oleh DBKL, FRIM dan Konsultan Pengurusan Projek. Tender tersebut dilancarkan pada 3hb Mac dan tarikh tutup pada asalnya adalah pada 16hb Mac. Walau bagaimanapun, selepas permintaan yang banyak diterima daripada para tender, tarikh tutup telah dilanjutkan ke 7hb April. Proses pemerolehan dilaksanakan sejajar dengan amalan baik yang telah digariskan dalam Buku Merah (Red Book) dan dikendalikan oleh Taman Tugu Project Development Sdn Bhd (“TTPD”).

Rayman Ariff Soh, Pengarah Forest House Sdn. Bhd. dan pasukannya menghadiri mesyuarat permulaan rasmi bersama-sama dengan TTPD pada 8hb Ogos 2017. Forest House akan mengambil alih tapak pada 9hb Ogos dan dijadualkan akan memulakan kerja tidak lama selepas itu. Taman dijadualkan siap menjelang Merdeka 2019.



top