Perkembangan Semasa

Anugerah tender bagi Kawasan Komuniti dan Dinding Adang

Kami ingin mengucapkan tahniah dan mengalu-alukan penyertaan Hakikat Engineering Sdn Bhd (“Hakikat”) dalam Projek Taman Tugu. Hakikat telah dianugerahi tender untuk membangunkan Kawasan Komuniti yang termasuk pembangunan Surau Jumaat, kuarters dan gerai makanan.  Hakikat juga telah diberi kontrak untuk membina dinding adang (hoarding) bagi keseluruhan tapak Taman Tugu.

Tender bagi Kawasan Komuniti dan Dinding Adang pada peringkat awalnya hanya terbuka kepada kontraktor berdaftar TERAJU namun kemudiannya telah dibuka kepada semua kontraktor yang layak menerusi pengumuman dalam Berita Harian dan Utusan Malaysia pada 20hb Mac 2017. Tarikh tutup bagi submisi ditetapkan pada 14hb April 2017.  Proses pemerolehan (procurement) dijalankan selari dengan amalan baik yang digariskan dalam Buku Merah (Red Book) dan dilaksanakan oleh Taman Tugu Project Development Sdn Bhd (“TTPD”).

Dato’ Haji Basri Nor, Pengarah Urusan Hakikat Engineering Sdn Bhd dan pasukannya menghadiri mesyuarat permulaan rasmi dengan TTPD pada 17hb Julai 2017.  Hakikat akan mengambil alih tapak pada 7hb Ogos 2017 dan akan memulakan kerja tidak lama selepas itu. Kawasan Komuniti dijadualkan siap pada Q4 2018.



top