Perkembangan Semasa

Anugerah Tender bagi Kuil Hindu dan Pejabat Penyelenggaran Taman

Tarikah: 27 Februari 2018
Tempat: Banglo Khazanah ILMU

Kami ingin mengucapkan tahniah dan mengalu-alukan penyertaan Jua Yakin Sdn Bhd (“Jua Yakin”) ke Projek Taman Tugu. Jua Yakin telah dianugerahi tender untuk membangunkan Kuil Hindu dan Pejabat Penyelenggaraan Taman.

Tender tersebut merupakan sebuah tender tertutup kepada 5 kontraktor berdasarkan cadangan daripada Perunding Pengurusan Projek. Tarikh akhir serahan adalah pada 19 Januari 2018 lalu. Proses pemerolehan ini telah dikendalikan Taman Tugu Project Development Sdn Bhd (“TTPD”) sejajar dengan amalan terbaik yang digariskan dalam ‘the Red Book’.

Encik Bala Ramakrishnan, Pengarah Jua Yakin, dan pasukannya menghadiri mesyuarat permulaan dengan TTPD pada 27 Februari 2018. Jua Yakin akan mengambil alih tapak pada 1 Mac 2018 dan akan memulakan kerja dengan segera selepas itu. Kuil Hindu dan Pejabat Penyelenggaran Tapak dijadualkan siap menjelang S3 2018. Ini selaras dengan penyiapan Taman Fasa 1, yang juga merangkumi Surau Jumaat Kawasan Komuniti dan laluan pejalan kaki merentasi hutan.



top