Perkembangan Semasa

Bank MBSB di Taman Tugu

Tarikh: 16 Mac 2019
Lokasi: Taman Tugu

Bank Malaysia Building Society Berhad (“MBSB”) telah membantu kami dan rakan kongsi kami Global Environment Centre (“GEC”) untuk memulih anak sungai di denai Fasa 2 Taman Tugu pada pagi Sabtu ini.

Sesi tersebut dimulakan dengan penerangan ringkas oleh GEC mengenai saliran-saliran air dan kepentingannya kepada ekosistem dan diikuti dengan butiran mengenai aktiviti yang diadakan. Sebagai sebahagian daripada aktiviti tersebut, pihak MBSB telah membersihkan daun-daun dan ranting-ranting daripada kawasan sumber air anak sungai tersebut untuk membenarkan aliran airnya mengalir dengan lancar. Mereka juga membersihkan bahagian-bahagian lain anak sungai tersebut untuk memastikan kebersihan dan kelancaran aliran air. Tumbuh-tumbuhan tanah lembap yang juga bertindak sebagai penapis semulajadi air, seperti pokok ‘Water Lettuce’ dan ‘Water Hyacinth’, telah ditanamkan di dalam badan air manakala pokok ‘Cattail’ dan ‘Coco-Yam’ telah ditanam di tebing sungai.

Selepas aktiviti tersebut, pasukan MBSB diberi lawatan berpandu ke Tapak Semaian Taman Tugu melalui denai Fasa 1 dan mengakhiri program tersebut disitu dengan makan tengahari.

Pemulihan anak sungai ini merupakan satu proses berterusan dan kami mensasarkan untuk memulihkan anak sungai tersebut dengan sepenuhnya supaya ia dapat bantu mengukuhkan lagi ekosistem di Taman Tugu memandangkan sungai dan anak sungai adalah penting bagi ekosistem yang seimbang. Di samping itu, kami sedang bekerjasama bersama GEC untuk menjalankan Pusat Pendidikan Terbuka Sungai di Taman Tugu iaitu kelas terbuka yang tertumpu kepada pemuliharaan sungai – mengajar mengenai kepentingan saliran air tempatan dan menggalakkan orang untuk melindungi saliran-saliran air tersebut daripada pencemaran. Tujuan kelas tersebut adalah untuk melahirkan masyarakat prihatin kepada sungai, menyemai nilai-nilai murni alam sekitar yang mantap dan mewujudkan alam sekitar yang lebih mampan terutamanya terhadap sumber sungai kita.

Kami amat berharap agar program-program pemulihan dan sesi kelas terbuka ini dapat memupuk perasaan memiliki dan tanggungjawab terhadap persekitaran dan semula jadi serta bertindak sebagai platform untuk mendedahkan orang ramai kepada alam semula jadi, memahami punca air kita, dan untuk menghargainya. Usaha-usaha ini adalah untuk masyarakat umum dan kami berharap dengan meluangkan lebih banyak masa dalam alam semulajadi, ia akan membuat mereka menjadi penjaga.

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada MBSB atas sumbangan mereka sebagai sokongan kepada Projek Taman Tugu dan pemuliharaan ruang-ruang hijau awam.

Sekiranya anda atau organisasi anda ingin menganjurkan sebarang program dan / atau aktiviti di Taman Tugu, atau jika anda berminat atau ingin mendaftarkan anak-anak anda untuk program Pusat Pendidikan Terbuka Sungai ini, sila email kami di greenscene@tamantuguproject.com.my.



top