Perkembangan Semasa

Berbuka Puasa Bersama Komuniti Madrasah Bustanul Ulum

Berbuka Puasa Bersama Komuniti Madrasah Bustanul Ulum

Tarikh: 8 Jun 2018

Bersempena dengan bulan Ramadan yang mulia dan juga Hari Raya Aidilfitri, kami menyertai Ahli Jawatankuasa dan ahli jamaah Madrasah Bustanul Ulum (“MBU”) untuk suatu majlis Berbuka Puasa yang diadakan di Madrasah Bustanul Ulum, yang terletak di dalam kawasan Taman Tugu.

Majlis berbuka puasa disusuli oleh solat Maghrib dan juga jamuan juadah. Kami mengambil kesempatan ini untuk berinteraksi dan memberikan kemaskini kepada ahli jawatankuasa tentang Projek Taman Tugu. Kami komited untuk membantu memudahkanperalihan yang lancar kepada Surau Jumaat yang baharu menjelang suku ketiga (S3) pada tahun ini.

Setelah menikmati jamuan juadah berbuka dan mengadakan perbincangan, kami bersama-sama menunaikan Solat Tarawih dan mengakhiri acara malam tersebut dengan menikmati hidangan moreh yang disediakan.

Kami ingin merakamkan terima kasih yang setulusnya kepada ahli jawatankuasa MBU dan juga ahli jamaahnya kerana menjadi sebahagian daripada projek ini. Kami juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin kepada semua warga Malaysia.



top