Perkembangan Semasa

Berjalan Kaki Mingguan bersama ILAM

Sesi Taklimat Projek Taman Tugu @ Pejabat Tapak Projek
Lawatan Tapak Semaian Taman Tugu
Lawatan Rentis Hutan & Menanam Pokok Merbau

Tarikh: 28 Jun 2018
Tempat: Pejabat Tapak Projek, Tapak Semaian Taman Tugu dan Rentis Hutan

Kami telah menjadi juruacara program berjalan kaki bersama Institut Arkitek Landskap Malaysia (Institute of Landscape Architect Malaysia,“ILAM”) di tapak projek Taman Tugu. Program ini telah dihadiri oleh 25 ahli ILAM termasuk Presiden ILAM, Prof. Madya. LAr. Dr Osman Mohd Tahir.

Sebelum ini kami telah bekerjasama dengan ILAM dalam menganjurkan Pertandingan Reka Bentuk Bangku dan Gazebo Greenovation Taman Tugu yang telah dilancarkan pada tahun lepas. Pertandingan tersebut merupakan pertandingan reka bentuk berasaskan idea bagi bangku dan gazebo yang inovatif yang akan ditempatkan di dalam Kawasan Taman Tugu. Para pemenang akan diumumkan pada suku ketiga (S3) tahun ini.

Program tersebut bermula dengan sesi taklimat di tapak projek diikuti oleh satu lawatan ke tapak semaian Taman Tugu dan rentis hutan. Ahli-ahli ILAM sememangnya amat menyokong projek ini dan mereka menzahirkan rasa gembira mereka terhadap perkembangan taman ini pada hari ini. Malah, antara mereka ada yang menyatakan bahawa sukar bagi mereka untuk membayangkan bahawa terdapat sebuah tempat seperti Taman Tugu yang wujud di tengah-tengah kesibukan kota raya Kuala Lumpur dan mereka berasa amat bersyukur bahawa inisiatif seperti ini untuk memelihara dan memulihara pusat kawasan hijau di tengah-tengah bandar dilaksanakan. Mereka berasa teruja untuk menyaksikan taman ini disiapkan secara keseluruhan.

Sesi berakhir dengan ILAM meninggalkan jejak hijau yang berkekalan melalui penanaman sebatang pokok Merbau yang masih kecil berukuran 1.5 meter tinggi di rentis hutan.

Lebih kurang 1.5km dari rentis hutan, Surau Jumaat Komuniti, Kuil Hindu dan Pejabat Penyelenggaraan Taman akan dibuka kepada orang ramai menjelang suku ketiga (S3) tahun ini. Bahagian taman yang selebihnya akan disiapkan menjelang akhir tahun hadapan.

Kami akan terus komited untuk mengehoskan interaksi dan lawatan mingguan untuk orang ramai. Jika anda berminat untuk menyertai kami dalam program berjalan kaki mingguan atau anda ingin mengambil bahagian dalam aktiviti sukarela bagi projek ini, sila e-melkan kami di admin@tamantuguproject.com.my.



top