Perkembangan Semasa

Berjalan Kaki Mingguan Jumaat bersama Friends of Bukit Kiara

Sesi Taklimat @ Pejabat Tapak Projek
Tapak Semaian Taman Tugu
Lawatan Rentis Hutan & Menanam Pokok Merbau

Tarikh: 6 Julai 2018

Minggu ini kami telah menjadi juruacara kepada Friends of Bukit Kiara (FoBK) untuk program berjalan kaki minggu ini.

Sesi dimulakan dengan penyampaian taklimat di pejabat tapak projek dan diikuti oleh sebuah lawatan ke tapak semaian dan rentis hutan Taman Tugu. Kami membawa ahli-ahli FoBK mengikuti laluan yang lebih panjang memandangkan semasa mereka tiba di Taman Tugu mereka telahpun lengkap berpakaian untuk melakukan treking serta kelihatan penuh bertenaga dan teruja untuk melaksanakan aktiviti.

Pada akhir program lawatan ke rentis hutan, ahli-ahli FoBK meninggalkan jejak hijau yang berkekalan di Taman Tugu dengan menanam sebatang pokok Merbau kecil yang berukuran 1.5 meter tinggi.

Ahli-ahli FoBK berasa gembira menyaksikan kemewahan kepelbagaian flora di Taman Tugu dan usaha yang dijalankan untuk melindungi pokok-pokok ini. Kami juga menerima maklum balas mengenai projek dan mengumpulkan beberapa cadangan dan idea yang bernas bagi inisiatif rentis hutan di Taman Tugu.

Kami ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada FoBK atas masa dan sokongan yang diberikan.

Jika anda berminat untuk menyertai kami dalam program berjalan kaki mingguan atau anda ingin mengambil bahagian secara sukarela dalam pelbagai aktiviti projek Taman Tugu, sila kirimkan e-mel anda kepada kami di admin@tamantuguproject.com.my.



top