Perkembangan Semasa

Berjalan Kaki Mingguan pada Hari Jumaat bersama Think City

Sesi taklimat untuk pasukan Think City @ Pejabat Tapak Projek
Jelajah Nurseri Taman Tugu
Jelajah Trail Hutan
Date: 8 Jun 2018

Hari ini kami telah mengadakan program Berjalan Kaki Mingguan pada Hari Jumaat bersama Think City untuk kali pertama dalam merealisasikan usaha yang berterusan untuk berinteraksi dengan komuniti.

Think City merupakan rakan strategik Projek Taman Tugu yang telah membantu kami menerusi pelbagai program interaksi dan masih terus memberi kami input berdasarkan pengalaman mereka dalam membangunkan dan mengaktifkan taman mini (pocket parks) di seluruh Malaysia. Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai Think City, sila kunjungi http://thinkcity.com.my.

Sesi tersebut bermula dengan sebuah sesi taklimat terperinci di pejabat tapak projek dan diikuti dengan lawatan ke tapak semaian Taman Tugu dan rentis hutan. Kontraktor landskap Projek Taman Tugu, Encik Rayman daripada Forest House Sdn Bhd (“FHSB”) menjelaskan kepada para pelawat tentang usaha yang telah diambil untuk meneroka dan mewujudkan rentis hutan selain memperkenalkan pelbagai spesies flora dan fauna yang boleh ditemukan di dalam kawasan taman. Pasukan Think City berasa kagum dengan pokok besar yang sangat cantik yang dilihat semasa melalui rentis hutan tersebut. Mereka mengungkapkan rasa teruja masing-masing terhadap pembukaan rentis hutan tersebut kepada orang ramai menjelang suku ketiga (S3) tahun ini dan mereka berhasrat membawa rakan-rakan dan keluarga untuk menikmati pengalaman berjalan kaki di rentis tersebut.

Program berjalan kaki di rentis hutan ini diadakan pada setiap hari Jumaat. Jika anda berminat untuk menyertai program Berjalan Kaki Mingguan pada Hari Jumaat atau anda berminat untuk mengambil bahagian dalam aktiviti sukarela projek Taman Tugu, sila kirimkan e-mel anda kepada kami di admin@tamantuguproject.com.my.



top