Perkembangan Semasa

Bursa & Kanak-kanak dari Rumah Shifa @ Taman Tugu

Tarikh: 28 Oktober 2018
Lokasi: Tapak Semaian Taman Tugu

Pasukan Strategi Korporat Bursa Malaysia (“Bursa”) dan kanak-kanak dari Rumah Shifa menghabiskan masa pagi Ahad mereka dengan membantu kami mewujudkan sebuah hutan hujan.

Sebelum itu, kanak-kanak tersebut menghadiahi kami beberapa batang pokok yang ditanam mereka di Rumah Shifa. Pokok-pokok ini kini sedang melalui proses aklimitasi di tapak semaian Taman Tugu dan kemudiannya mungkin akan ditanam di hutan.

Sesi pada hari itu bermula dengan sebuah taklimat mengenai Projek Taman Tugu dan pengenalan secara ringkas tentang alam semula jadi. Kanak-kanak dari Rumah Shifa bersama-sama dengan pasukan Bursa kemudiannya dibawa untuk mengikuti sesi jalan kaki secara berpandu. Selepas itu, mereka semua terlibat dalam aktiviti menamam tumbuhan tutup bumi (forest cover). Tumbuhan tutup bumi diperlukan untuk menyeimbangkan lagi ekosistem dan menstabilkan bumi dengan mengukuhkan tanah, sekali gus menghalang berlakunya hakisan.

Sesi berakhir dengan aktiviti kuiz pendek dan makan tengah hari. Sebelum bersurai, salah seorang kanak-kanak menanyakan soalan yang begitu mendalam, yang seterusnya memberikan kejutan kepada kami – “Jika hutan adalah amat penting kepada manusia, mengapakah kita menebang pokok?”

Hakikatnya, pendedahan kepada alam semula jadi adalah penting untuk menyemai rasa kasih terhadap pemeliharaan alam sekitar kita. 

Kami berharap sesi seperti ini akan mencipta platform untuk mendedahkan kanak-kanak kepada alam semula jadi dan menjadikan mereka lebih menghargainya. Pelbagai usaha ini adalah untuk kanak-kanak dan kami berharap bahawa usaha melibatkan kanak-kanak untuk menghabiskan lebih masa dengan alam semula jadi akan menjadikan mereka pelindung dan pemelihara alam semula jadi pada masa hadapan. 

Kami ingin merakamkan penghargaan kami yang setulusnya kepada kanak-kanak dari Rumah Shifa dan pasukan Strategi Korporat Bursa atas usaha gigih dan derma yang dihulurkan mereka dalam menyokong usaha pemeliharaan serta pemuliharaan Taman Tugu dan alam semula jadi. 

Jika anda berminat untuk mengambil bahagian dalam aktiviti suka rela bagi projek Taman Tugu, sila kirimkan e-mel anda kepada kami di greenscene@tamantuguproject.com.my.



top