Perkembangan Semasa

Carigali-PTTEPI Operating Company Sdn. Bhd. di Taman Tugu

 

Tarikh: 20 April 2019
Lokasi: Taman Tugu

Sebagai sebahagian daripada aktiviti bina semangat dan program Corporate Social Reponsibility (“CSR”) mereka, lebih daripada 50 pekerja dari Carigali-PTTEPI Operating Company Sdn. Bhd. (“Carigali”) dan ahli keluarga mereka telah meraikan Hari Bumi dengan meluangkan masa mereka untuk membantu kami dalam usaha mewujudkan sebuah hutan hujan dengan menanam tumbuhan-tumbuhan litupan lantai hutan di sepanjang laluan Fasa 2. Tumbuhan litupan lantai hutan diperlukan untuk megimbangi ekosistem dan menstabilkan tanah dengan menahan tanah sekali gus menghalang hakisan serta menyerap lebihan air untuk menghalang laluan tersebut daripada menjadi berlumpur.

Sesi pada hari itu bermula dengan taklimat mengenai Projek Taman Tugu, senaman ringan berkumpulan, diikuti dengan lawatan berpandu melalui denai sejauh 3-km sambil memungut sampah. Dipertengahan lawatan berpandu tersebut, pasukan Carigali berehat seketika di Tapak Semaian Taman Tugu dan menyertai sambutan Hari Bumi yang diadakan di sana. Selapas lawatan berpandu tersebut, pasukan Carigali telah menanam lebih kurang 70 pohon pokok renek di sepanjang laluan Fasa 2. Sesi pada hari itu berakhir dengan sesi berkelah di Banglo Khazanah ILMU. Pasukan Carigali telah merakamkan kegembiraan dan sokongan mereka terhadap projek ini dan bersyukur untuk hutan di bandar ini dan juga kerana berpeluang untuk menyumbang terhadapnya.

Kami berharap agar sesi-sesi seperti ini akan mewujudkan perasaan memiliki dan tanggungjawab terhadap Taman Tugu dan ruang-ruang hijau yang lain serta bertindak sebagai platform bagi orang ramai untuk mendedahkan diri kepada alam semula jadi dan menghargainya. Usaha-usaha ini sememangnya adalah untuk masyarakat umum dan kami berharap agar mereka, secara tidak langsung akan menjadi pencinta dan penjaga alam, sesudah banyak meluangkan masa bersama alam semula jadi.

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Carigali atas sumbangan mereka sebagai sokongan kepada Projek Taman Tugu dan pemuliharaan ruang-ruang hijau awam.

Sekiranya anda atau organisasi anda ingin menganjurkan sebarang acara dan / atau aktiviti-aktiviti di Taman Tugu, sila email kami di greenscene@tamantuguproject.com.my.



top