Perkembangan Semasa

Colas Rail Asia di Taman Tugu

Tarikh: 26 April 2019
Lokasi: Taman Tugu

Colas Rail Asia (“CRA”), salah satu syarikat sektor pakar Kereta Api ternama dari Eropah, telah membantu kami dan rakan sepejuangan kami Global Environment Centre (“GEC”) untuk memulihkan aliran anak sungai di denai Taman Tugu Fasa 2 pagi hari ini.

Sesi hari tersebut bermula di Tapak Semaian (“Nurseri”) Taman Tugu dengan penerangan ringkas oleh GEC tentang system aliran air semulajadi dan kepentingannya kepada ekosistem dan diikuti dengan taklimat aktiviti hari itu. Dari situ, pasukan CRA bergerak kearah tapak pemulihan anak sungai tersebut sambil diberi lawatan berpandu melalui denai-denai Taman Tugu.

Disebabkan hujan lebat pada hari yang sebelumnya, pasukan CRA telah membersihkan sisa-sisa hutan dari sumber mata air aliran anak sungai tersebut untuk membolehkan airnya mengalir dengan lancar. Mereka juga  sempat membersihkan bahagian-bahagian lain untuk memastikan kebersihan dan kelancaran aliran air anak sungai tersebut. Kemudian, pasukan CRA turut menaman tumbuh-tumbuhan tanah lembap seperti Cattail dan Coco-Yam di tebing sungai, yang bertindak sebagai penapis semulajadi air. Tumbuh-tumbuhan tersebut juga mampu menyerap logam berat dari sebuah badan air dan membersihkan airnya secara semulajadi.

Selepas aktiviti  tersebut, pasukan CRA menyambung semula lawatan berpandu mereka dan bergerak kembali ke arah Nurseri Taman Tugu. Selepas itu, pasukan CRA mengakhiri acara hari tersebut dengan sesi “townhall” yang diikuti dengan makan tengahari di Taman Tugu Nurseri.

Ahli-ahli pasukan CRA amat kagum dengan hutan di bandar in – mereka tidak tersangka bahawa tempat seperti Taman Tugu wujud. Mereka menghargai usaha pemulihan hutan dan menyatakan mereka akan kerap mengunjungi Taman Tugu bersama keluarga masing-masing.

Aktiviti pemulihan sungai seperti ini merupakan satu proses yang berterusan dan matlamat kami ialah untuk memulihkan aliran anak sungai in dengan sepenuhnya supaya ia dapat mengimbangan dan menstabilkan ekosistem di Taman Tugu, kerana sungai dan saliran air semulajadi merupakan sebahagian daripada ekosistem tersebut. Di samping itu, kami sedang erat bekerjasama dengan GEC untuk menjayakan Pusat Pendidikan Sungai-sungai di Taman Tugu yang mengajurkan kelas-kelas terbuka yang tertumpu kepada pemuliharaan sungai dan pengajaran mengenai kepentingan saliran air tempatan dan membekalkan orang ramai dengan ilmu untuk melindungi saliran tersebut daripada pencemaran. Kelas-kelas ini bertujuan untuk melahirkan masyarakat prihatin kepada sungai-sungai dan alam semulajadi.

Kami amat berharap agar program ini dapat memupuk rasa tanggungjawab milik dan menjaga alam persekitaran dan semula jadi serta bertindak sebagai platform untuk mendeadhkan lagi orang ramai kepada alam semula jadi dan untuk menyebarkan pemahaman mengenai ekosistem kami  serta bagaimana kami semua terhubung antara satu sama lain. Usaha-usaha ini adalah untuk masyarakat umum dan kami berharap dengan meluangkan lebih banyak masa dalam alam semulajadi, ia secara tidak langsung akan memupuk dan menanam semangat pencinta alam di kalangan mereka.

Dengan itu, kami dengan rendah hati mengucapkan ribuan penghargaan kepada pihak CRA atas dermaan dan sokongan mereka terhdap projek Taman Tugu dan inisiatif pemuliharaan kawasan hijau awam.

Sekiranya anda atau organisasi anda ingin menganjurkan sebarang acara dan / atau aktiviti-aktiviti di Taman Tugu, atau jika anda berminat atau ingin menyertakan anak-anak anda untuk program pusat pendidikan Sungai terbuka  ini, sila email kami di greenscene@tamantuguproject.com.my.



top