Perkembangan Semasa

Earth Day 2018 @ Banglo Khazanah ILMU

 

Tarikh: 21 April 2018
Tempat: Khazanah ILMU Bungalow

Badan Bukan Kerajaan (NGO) Alam Sekitar (Malaysian Environmental NGOs, “MENGO”), iaitu sebuah gabungan NGO mengenai alam sekitar, menganjurkan mesyuarat agungnya yang ke-empat serta meraikan Hari Bumi pada hari Sabtu, 21 April 2018 di Banglo Khazanah Ilmu, Taman Tugu Kuala Lumpur.

Hari Bumi merupakan acara tahunan yang diraikan pada 22 April di lebih 193 buah negara. Pelbagai acara dan pameran diadakan untuk menunjukkan sokongan terhadap perlindungan dan pemeliharaan alam sekitar. Diraikan buat kali pertama pada tahun 1970, acara Hari Bumi kini diselaraskan pada peringkat antarabangsa oleh Rangkaian Hari Bumi (Earth Day Network).

Pada acara Hari Bumi pada tahun ini, para pemimpin/wakil-wakil daripada NGO ahli MENGO telah menanam 31 pokok Merbau yang pada asalnya ditanam sebagai benih di pelancaran Projek Taman Tugu dua tahun yang lepas. Pokok-pokok Merbau itu telah ditanam di sepanjang salah satu laluan rentis rimba Taman Tugu –dan rentis tersebut akan dibuka untuk orang ramai pada akhir S3 tahun 2018 ini.

Di samping itu, “Asia’s Wildlife – A Journey to the Forests of Hope”, iaitu sebuah buku oleh Bjorn Olesen dan Fanny Lai telah dilancarkan pada acara tersebut, dengan Olesen sendiri membentangkan suatu persembahan yang ringkas mengenai buku yang ditulisnya sempena majlis pelancaran bukunya itu.

Sepanjang hari itu, pelbagai aktiviti telah diadakan bersama-sama dengan orang ramai yang mengambil bahagian – “Aktiviti Penanaman Benih”, dengan kerjasama Persatuan Pencinta Alam Malaysia dan “Aktiviti Upcycling (Membuat sebuah Meja)”, dengan kerjasama Biji-Biji.

Benih-benih yang ditanama kini dijaga di Tapak Semaian Taman Tugu dan meja yang dibuat itu kini digunakan di Banglo Khazanah Ilmu.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai MENGO, sila kunjungi http://www.mengo.org.



top