Perkembangan Semasa

Raikan Alam Semula Jadi di Taman Tugu

Tarikh: 15 April 2019

“Bumi yang tiada rimba seumpama hamba”

Mari raikan alam semula jadi bersama kami di Hari Bumi Taman Tugu yang akan berlangsung pada Sabtu ini, 20hb April dari 7 pagi hingga 12 tengah hari. Ianya akan menjadi pagi yang dipenuhi dengan aktiviti lawatan denai berpandu, aktiviti-aktiviti alam sekitar, persembahan orang asli, dan sesi senaman berkumpulan – ada sesuatu untuk semua!

Hari Bumi adalah acara tahunan antarabangsa yang pada kebiasaannya diraikan pada 22hb April untuk menunjukkan sokongan bagi perlindungan alam sekitar. Sejarah acara tahunan ini dapat dikesan kembali ke tahun 1970-an, sebagai platform untuk memberi penekanan bagi kepentingan mengurangkan pencemaran industri, juga meningkatkan tahap perlindungan alam sekitar.

Mari kita memperingati ALAM SEMULA JADI pada hari yang istimewa ini di Taman Tugu, jangan ketinggalan!

Acara ini terbuka kepada semua dan ianya adalah percuma! Tiada pendaftaran diperlukan juga! Jumpa anda disana.

Perhatian: aktiviti-aktiviti yang telah dijadualkan sebelum ini: Flowga, Program Pendidikan Alam Semulajadi Taman Tugu Free Tree Society, dan Alam Semulajadi dengan Pak Raman akan dibatalkan pada hujung minggu ini. Minta maaf atas sebarang kesulitan.



top