Perkembangan Semasa

Imbasan Hari Eko Taman Tugu 2019

Tarikh: 19 Oktober 2019
Lokasi: Taman Tugu Nursery

Kami mengadakan Hari Eko Taman Tugu kedua hari ini di mana kira-kira 3,000 pengunjung dari semua lapisan masyarakat menyertai kami dalam menjadikan hari ini hari penuh kegembiraan dan kenangan.

Hari Eko adalah acara terbuka kepada orang ramai untuk memupuk kesedaran yang lebih baik terhadap pemuliharaan dan pemeliharaan ruang hijau awam. Ia juga memberi peluang kepada pasukan Taman Tugu untuk berinteraksi dengan orang ramai mengenai kemajuan Projek Taman Tugu, memberi sedikit gambaran bahagian-bahagian taman yang telah siap dan memberi pemahaman yang lebih baik mengenai projek ini, untuk merapatkan jurang bagi mereka yang tidak pernah berada di dalam hutan untuk melihat sepintas lalu dan mengalami pengalaman berada di dalam hutan di tengah-tengah bandaraya, dan untuk menambahbaik dan terus membina komuniti projek ini dan sokongan terhadapnya.

Semasa Hari Eko berlangsung, orang ramai mendapat peluang untuk menghabiskan masa dan mengambil bahagian dalam pelbagaii aktiviti di dalam alam semulajadi.

Terdapat pameran oleh Free Tree Society (“FTS”), Global Environment Centre (“GEC”), Tropical Rainforest Conservation and Research Centre (“TRCRC”), Think City (”TC”), Greenpeace Malaysia, Tatana Roots, Ecocentric Transitions, dan kumpulan Mah Meri – sub-kumpulan Orang Asli Senoi daripada barat Semenanjung Malaysia. Orang ramai mendapat peluang untuk mempelajari lebih lanjut mengenai biodiversiti semulajadi kita, pemuliharaan alam sekitar dan budaya di pameran maklumat ini serta mengambil bahagian dalam permainan berciri pendidikan dan aktiviti seperti penanaman, membuat habitat hidupan liar, membuat  lilin dari minyak masak yang telah diguna, membuat ‘seed bomb’, permainan kad RIMBA, menganyam, sebahagian untuk dinamakan.

Greenpeace Malaysia, memberi ceramah yang tepat pada masanya mengenai mitos kitar semula – tentang bagaimana Malaysia dianggap sebagai pengimport sampah terbesar di dunia dan bagaimana plastik dan barang buangan lain yang tidak dikitar semula, tetapi dibakar. En. Heng dari Geenpeace mengakhiri ceramah dengan beberapa nasihat tentang bagaimana sebagai individu kita boleh membantu dengan masalah ini – dengan sentiasa berwaspada dengan sisa atau barang buangan dan mengguna semula daripada kitar semula.

Abyan Junus dari Anak Rimba Books kemudiannya membuat bacaan buku barunya, Sungai Untuk Keluarga Saya buat pertama kalinya secara rasmi. Ianya berkisar certita dongeng seekor pepatung kecil yang mencari sungai bersih untuk didiami. Dongeng ini mengajar kita tentang kepentingan sungai-sungai kita dan bagaimana untuk menjaganya.

Pada tahun ini, terdapat sebuah ‘bouncing castle’ untuk dinikmati oleh kanank-kanak dan Bazar yang mempunyai 16 peniaga yang terdiri daripada kumpulan permulaan komuniti, kumpulan orang asli, di mana orang ramai berpeluang untuk berbeli-belah berlatarbelakangkan hutan.

Untuk menambahkan lagi keseronokan, terdapat juga aktiviti dan persembahan komuniti. Terdapat Zumba yang dianjurkan oleh Kelab Senam Robik, Menyanyi di dalam Taman yang dianjurkan Persatuan Filharmonik Selangor, dan persembahan oleh Movimento Simples De Capoeira, kumpulan Mah Meri, dan Bihzhu.

Bihzhu mengakhiri Hari Eko Taman Tugu dengan lagu-lagu beliau yang menaikkan semangat dan getarannya yang membuat orang ramai menari ke tarian Sumazau

Sebagai rakyat Malaysia yang sejati, terdapat pelbagai makanan untuk dinikmati oleh orang ramai.

Hari Eko tahun ini lebih bermakna kerana terdapat kira-kira 500 kanak-kanak dari masyarakat kurang bernasib baik untuk menyambut hari ini bersama kami. Kami amat terharu melihat kanak-kanak ini meninggalkan Hari Eko dengan senyuman yang lebar.

Kami amat bersyukur kepada anda semua kerana menjadikan Hari Eko Taman Tugu yang kedua ini hari yang penuh kenangan dan kegembiraan di kandungi keseronokan dan gelak tawa. Adalah sangat bagus melihat pelbagai komuniti datang bersama untuk menikmati dan menjaga alam semulajadi sambil menyertai aktiviti-aktiviti yang pelbagai.

Terima kasih kepada sukarelawan-sukarelawan kami, rakan Kelab Senam Robik, Ecocentric Transitions, Free Tree Society, Global Environment Centre, Greenpeace Malaysia, Mah Meri, Tatana Roots, Think City, Tropical Rainforest Conservation and Research Centre, Heng penceramah dari Greenpeace Malaysia, dan Abyan Junus dari Anak Rimba Books, Persatuan Filharmonik Selangor, Movimento Simples de Capoeira Malaysia, Bihzhu, dan peniaga-peniaga bazar, Bario AgroBiodiversity Hub, Bueno Blocks, Cotton + Sago, ETL No. 9 – Malaysia, Helping Hands Penan, The Honey Hearts, Jacobs Corner Achar, Jugle Amoi, Noosh Naturals, Oh Little Mess, Kintry Artisan Food Co., Ruits Juices, Tinkering Zone, dan The Green Panty KL.

Terima kasih atas sokongan anda terhadap pemeliharaan dan pemuliharaan ruang hijau awam.



top