Perkembangan Semasa

Raikan Alam Semula Jadi Bersama Kami di Hari Eko Taman Tugu

Tarikh: 05 September 2018

Luangkan masa bersama alam semula jadi dan jadilah antara orang bertuah terawal untuk berjalan kaki di Rentis Hutan Taman Tugu pada ‘Taman Tugu Eco Day’.

Pelajari tentang pemeliharaan dan pemuliharaan ruang hijau serta hutan hujan awam daripada Organisasi Bukan Berasaskan Keuntungan (NGO), penayangan dokumentari dan juga ceramah. Anda juga akan memperoleh peluang untuk melakukan beberapa aktiviti yang menyeronokkan sepanjang hari.

Ayuh kita raikan ALAM SEMULA JADI di Tapak Semaian Taman Tugu. Terajui gerakan ini & kekalkan kehijauan alam!

Acara ini adalah percuma dan terbuka kepada semua! Temui anda di sana.

Ciri Utama

Ceramah & Bengkel

Projek Realiti Iklim & Pengawasan Alam Sekitar

Ceramah oleh Baida Hercus (Bermula jam 0900)
Ketahui lebih lanjut pengalaman dan belajar dari Baida mengenai penyelesaian iklim daripada Projek Realiti Iklim (Climate Reality Project), yang diasaskan oleh Al Gore, yang telah dihadiri oleh Baida pada tahun ini di AS. Ketahui juga bagaimana kita semua boleh menjadi pengawas alam sekitar, langkah demi langkah.

Seorang pencinta alam sekitar dan aktivis sosial, Baida telah mengasaskan Free Tree Society pada tahun 2012 untuk membawa perubahan dalam nilai-nilai komuniti berkaitan dengan alam sekitar dan pemuliharaan. Beliau gemar berinteraksi dengan orang ramai untuk berkongsi pengetahuan tentang aktiviti berkebun, pengawasan alam sekitar, kemampanan dan perubahan cuaca.

Irshad Mobarak, Naturalis, Penyokong Pemuliharaan dan Pendidik

Daripada Tinta Seorang Naturalis – Iktibar daripada Hutan Hujan

Ceramah oleh Irshad Mobarak (Bermula jam 1100)
Hutan hujan Malaysia merupakan tempat tinggal semula jadi kepada kepelbagaian flora dan fauna yang mengagumkan. Di hutan hujan Malaysia ini wujud suatu jaringan hubungan saling bergantung dan menakjubkan yang berjalin-jalin dan kompleks. Terdapat banyak iktibar yang dapat kita pelajari daripada hubungan ini.

Irshad Mobarak merupakan naturalis yang gigih sejak zaman kanak-kanaknya lagi. Irshad meninggalkan kerjaya perbankan dan memulakan perjalanan menelusuri sejarah alam semula jadi. Beliau telah mendedikasikan hidupnya untuk membantu orang ramai merungkaikan misteri dunia alam semula jadi.

Bagaimanakah Berbasikal dengan Selamat di Bandar?
Bengkel berbasikal oleh Elena & Hau Yong (Bermula jam 0945 hingga 1045)
Dengan fokus yang semakin meningkat terhadap kesihatan dan gaya hidup ‘hijau’, aktiviti berbasikal kini menjadi semakin popular, termasuk di negara kita Malaysia. Pelajari cara berbasikal dengan selamat di bandar dan dapatkan beberapa tip mudah penyelenggaraan basikal di bengkel berbasikal (9.45am-10.45am) yang berlangsung pada Hari Eko Taman Tugu, 22hb September, 8am -2pm.

Elena & Hau Young merupakan penggemar aktiviti berbasikal yang menyokong infrastruktur basikal di Kuala Lumpur. Elena memulakan perniagaan pelancongan berbasikal manakala Hau Yong gemar meneroka pelbagai tempat menggunakan basikal. Hau Young juga menggunakan basikalnya sebagai kaedah pengangkutan.

Persembahan

Tarian Tempatan oleh Kumpulan Mah Meri
(Bermula jam 1000)

 

Persembahan Angklung Tradisional oleh Kanak-kanak Rumah Kasih Harmoni
(Bermula jam 1200)

 

Persembahan Akustik oleh Markiza & Peter Brown
(Bermula jam 1230)
Markiza dan Peter Hassan Brown telah membuat persembahan dan rakaman untuk bertahun-tahun di London dan juga di Malaysia. Markiza dan Peter Hassan Brown telah menghasilkan sejumlah 8 album di UK dan Malaysia. Mereka berdua merupakan teras kepada band ‘Soft Touch’ dan kerap disertai oleh Wong Lip Kee yang merupakan pemain gitar band tersebut sejak tahun 2004. Wong Lip Kee juga membantu projek rakaman Soft Touch yang terkini, iaitu satu siri lagu mengenai pelbagai isu sosial berbeza, yang termasuk pelarian, keadilan, hak asasi manusia, ancaman kepada alam sekitar dan spesies rentan. Nama-nama lagu tersebut ialah Ecopocalypse, Losing Nature (video terdapat di Youtube), Like a Polar Bear, Refugee & Choices.
 
Tayangan

Siri Renungan
(Bermula jam 0830)
Klip yang akan meninggalkan kesan yang berkekalan dan mungkin menyebabkan sesetengah orang menitiskan air mata

Tayang Dokumentari: Di Ambang Kepupusan – Harimau Malaya
Sebuah Dokumentari oleh WWF (Bermula jam 1030)
Kita kini mengalami kepupusan harimau Malaya, dan kita perlu menjadikannya suatu keutamaan nasional. Bertepatan dengan judulnya “On The Brink Of Extinction”, dokumentari ini mengandungi beberapa kisah mini yang diceritakan menerusi pengalaman peribadi beberapa individu berbeza, kesemuanya menekan betapa perlunya usaha kerjasama yang lebih giat untuk menyelamatkan raja hutan Malaysia. Tiga kisah mini yang pertama akan ditayangkan pada Hari Eko Taman Tugu.

Program Penuh Hari Eko Taman Tugu

Lokasi & Tempat Letak Kereta

Nota: Perkhidmatan ulang-alik percuma disediakan dari Tempat Letak Kereta Padang Merbok dan Tempat Letak Kereta Bertingkat Lake Gardens.

 

Kita sedang bergerak ke hadapan dalam perspektif yang melihat Projek Taman Tugu bukan sekadar Taman Tugu semata-mata tetapi sebagai salah satu pendekatan yang memperjuangkan pemeliharaan dan pemuliharaan ruang hijau (termasuk hutan hujan kebanggaan kita).

“Terajui gerakan dan kekalkan kehijauan” merupakan seruan umum untuk menyokong dan mengambil bahagian dalam pelbagai gerakan ke arah menyelamatkan ruang hijau negara kita.

Rakan Kongsi yang Terlibat dalam Hari Eko Taman Tugu:



top