Perkembangan Semasa

HSBC di Taman Tugu

Tarikh: 15 Jun 2019
Lokasi: Taman Tugu

Dengan kerjasama Ecoknights, HSBC Data Processing & Management (“HSBC”) mengadakan Hari Alam Sekitar mereka di Taman Tugu hari ini, dari jam 8 pagi – 2 petang.

Lebih daripada 250 kakitangan dari HSBC bersama keluarga mereka mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti yang berlangsung sepanjang hari; aktiviti-aktiviti termasuklah:

  • Lawatan Berpandu melalui Laluan Hutan,
  • Mambuat ‘Seedbomb’,
  • Belajar Kompos ‘Black Soldier Fly’,
  • Membuat Sistem Pengairan Automatik DIY, dan
  • Membuat Skrub Gula Semula Jadi

Untuk memeriahkan lagi majlis, permainan ‘Jenga’ bersaiz sebenar juga disediakan untuk orang ramai bermain.

Matlamat hari ini adalah untuk kakitangan meluangkan lebih banyak masa di luar dan untuk memupuk perasaan memiliki dan tanggungjawab terhadap persekitaran serta bertindak sebagai platform untuk mendedahkan orang ramai kepada alam semula jadi, hormati, dan menghargainya. Usaha oleh HSBC ini adalah untuk kakitangan dan keluarga mereka dengan harapan agar mereka meluangkan lebih banyak masa bersama alam semula jadi dan akhirnya ia akan membuat mereka menjadi penjaga.

Selaras dengan matlamat, makan tengah hari telah dihidang menggunakan bekas dan kutleri yang  boleh diguna semula dimana ianya disediakan untuk mendidik mereka menggunakan semula barangan, bukan membuangnya.

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada HSBC atas sumbangan mereka sebagai sokongan kepada Projek Taman Tugu dan pemuliharaan ruang-ruang hijau awam.

Sekiranya anda atau organisasi anda ingin menganjurkan sebarang program dan / atau aktiviti di Taman Tugu, sila email kami di greenscene@tamantuguproject.com.my.



top