Perkembangan Semasa

IBFIM di Taman Tugu

Tarikh: 17 Februari 2019
Lokasi: Tapak Semaian Taman Tugu

Sebagai sebahagian daripada program bina semangat dan Corporate Social Reponsibility (“CSR”) mereka, lebih daripada 60 pekerja dari Institut Perbankan & Kewangan Islam Malaysia (“IBFIM”) meluangkan pagi Ahad ini dengan senaman dan permainan sukaneka di Tapak Semaian Taman Tugu, diikuti dengan aktiviti sukarela di mana perkerja-pekerja IBFIM mengambil peluang untuk membantu menanam tumbuhan-tumbuhan penutup hutan disepanjang laluan sekunder di Taman Tugu.

Tumbuhan-tumbuhan penutup hutan ini diperlukan untuk mengimbangi ekosistem hutan dan menstabilkan tanah dengan menahannya daripada hakisan serta menyerap air berlebihan yang boleh menyebabkan laluan-laluan hutan berlumpur.

Program tersebut berakhir dengan acara perkelahan di Tapak Semainan dan penyampainan ucapan penghargaan dari pasukan Taman Tugu. Ketua Pegawai Eksekutif IBFIM, En. Yusry Yusoff, merakamkan kegembiraan dan sokongannya terhadap projek ini dan beliau amat bersyukur kerana adanya hutan seperti ini di bandar. Beliau juga turut komited untuk menjalankan aktiviti senaman berkala mereka di Taman Tugu.

Kami berharap agar sesi-sesi seperti ini akan mewujudkan perasaan memiliki dan tanggungjawab terhadap Taman Tugu dan ruang-ruang hijau yang lain serta bertindak sebagai platform bagi orang ramai untuk mendedahkan diri kepada alam semula jadi dan mengahargainya. Usaha-usaha ini sememangnya adalah untuk masyarakat umum dan kami berharap agar mereka, secara tidak langsung akan menjadi pencinta dan penjaga alam, sesudah banyak meluangkan masa bersama alam semula jadi.

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada IBFIM atas sumbangan mereka sebagai sokongan kepada Projek Taman Tugu dan pemuliharaan ruang-ruang hijau awam.

Sekiranya anda atau organisasi anda ingin menganjurkan sebarang program dan / atau aktiviti di Taman Tugu, sila emel kami di greenscene@tamantuguproject.com.my.



top