Perkembangan Semasa

Interaksi Berterusan bersama Orang Ramai

Tarikh: 19 & 21 September 2017
Tempat: Mercu UEM

Pasukan Projek Taman Tugu mengadakan tiga perbincangan berasingan sepanjang tempoh dua hari dengan organisasi/persatuan berikut:

  1. Persatuan Penduduk Taman Tun (Taman Tun Resident’s Association, TTRA) and Rakan Bukit Kiara (Friends of Bukit Kiara, FoBK)
  2. Badan Warisan Malaysia (BWM)
  3. Pertubuhan Bukan Kerajaan Alam Sekitar Malaysia (Malaysian Environmental NGOs, MENGO)

Dalam setiap sesi, konsep dan reka letak (layout) Taman Tugu dijelaskan dengan terperinci. Penubuhan Amanah, iaitu Amanah Warisan Negara,  termasuk rancangan jangka panjang dan matlamat-matlamat Amanah juga telah dijelaskan.

Maklum balas yang menggalakkan telah diterima dari semua pihak dan hasil daripada perbincangan tersebut, pelbagai cara untuk kerjasama diantara pelbagai organisasi/pertubuhan dengan pasukan Projek Taman Tugu, dan sebaliknya, telah dikenalpasti.

Interaksi seperti ini menyumbang kepada pembentukan Taman Tugu yang lebih mantap dan juga aspek-aspek lain Projek Taman Tugu secara keseluruhan, untuk bertukar-tukar idea dan berkolaborasi dengan lebih baik dalam memelihara alam sekitar dan ruang awam kita. Lebih banyak perbincangan akan diadakan dengan organisasi-organisasi lain untuk memastikan keinklusifan dalam pembangunan taman dan elemen-elemen projek yang lain secara keseluruhan – sila berhubung dengan kami jika anda ingin berinteraksi dengan kami.



top