Perkembangan Semasa

Kelas Pembelajaran Kemampanan di Tapak Semaian Taman Tugu

Tarikh: 03 September 2018
Lokasi: Tapak Semaian Taman Tugu

Kami berbesar hati kerana Tapak Semaian Taman Tugu menjadi sebuah kelas pembelajaran untuk Dato’ Hamidah Naziadin, Ketua Pegawai Sumber Manusia CIMB bersama pasukannya dan kumpulan ahli bersekutu pengurusan (management associates) ke-48 di bawah ‘The Complete Banker Programme’ yang dianjurkan oleh CIMB.

Sebanyak 30 ahli bersekutu melaporkan diri bagi hari pertama bertugas di Tapak Semaian Taman Tugu. Di lokasi ini mereka mempelajari kepentingan kemampanan (sustainability) dan bagaimana kemampanan bermula dengan setiap individu.
Bagi menyemai kemampanan, mereka menanam 11 pokok hutan hujan Malaysia tempatan, yang mempunyai ketinggian antara 3 – 8 meter di rentis hutan baharu, yang membantu usaha mewujudkan rentis-rentis hutan ini.

Ahli-ahli bersekutu berasa bersyukur bahawa hari pertama mereka melaporkan diri untuk bertugas adalah di hutan dan mereka komited untuk melawat pokok-pokok yang telah ditanam mereka di sini. Aktiviti tersebut juga merupakan iktibar yang amat berguna kepada mereka tentang betapa pentingnya kerja berpasukan yang juga merupakan suatu elemen yang penting di dunia pekerjaan.

Pastinya pasukan daripada CIMB ini tidak terjejas oleh simptom ‘Monday Blues’ malah mereka berasa teruja dan ternanti-nantikan pembukaan Taman Tugu.

Sesungguhnya kami amat berbesar hati dapat menjadi juruacara kepada kumpulan daripada CIMB ini dan kami berasa teruja untuk membawakan lebih banyak pasukan syarikat korporat bagi membantu kami dalam membina kawasan hijau (green lung) negara kita.

Jika anda berminat untuk menyertai program Berjalan Kaki Mingguan atau anda ingin mengambil bahagian secara sukarela dalam aktiviti projek Taman Tugu, sila kirimkan e-mel anda kepada kami di greenscene@tamantuguproject.com.my.



top