Perkembangan Semasa

Kemas Kini Status Semasa

Tarikh: 1 Jun 2018

Projek Taman Tugu merupakan inisiatif tanggungjawab sosial korporat (“CSR”) berbilang komponen bukan berasaskan keuntungan yang diterajui oleh Khazanah Nasional Berhad (“Khazanah”) dengan kerjasama pelbagai agensi sektor awam, syarikat sektor swasta dan organisasi masyarakat sivil yang dilaksanakan menerusi Perkongsian Masyarakat-Awam-Swasta.

Projek Taman Tugu merangkumi empat (4) komponen berikut:

Komponen Anggaran Tarikh Penyiapan
Komponen 1: Taman Tugu
Memulihara dan mengaktifkan taman hutan bandar seluas 66 ekar, iaitu Taman Tugu
Akan disiapkan secara berfasa, dengan fasa pertama disiapkan menjelang S3 2018 dan keseluruhan taman disiapkan menjelang S4 2019
Komponen 2: Laluan Perantaraan
Menghubungkan kawasan sekitar dengan laluan mesra pejalan kaki
Menjelang S4 2019
Komponen 3: Khazanah ILMU
Membangunkan sebuah pusat pembelajaran ilmu dan inovasi awam yang akan dikenali sebagai Khazanah ILMU
Menjelang S3 2020
Komponen 4: Amanah Awam Nasional
Mewujudkan sebuah amanah awam nasional bagi memiliki dan menguruskan taman hutan bandar seluas 66 ekar yang merangkumi operasi, penyelenggaraan, perkongsian dan pembangunan komuniti sehingga tahun 2030.

Berkaitan dengan Komponen 1: Taman Tugu, komponen ini akan disiapkan dalam dua fasa, dengan Fasa 1 menyasarkan penyiapan menjelang S3 2018 dan Fasa 2, iaitu keseluruhan taman, menjelang S4 2019.

Hasil pelaksanaan Fasa 1 projek Taman Tugu merangkumi yang berikut:

  • Rentis Hutan: akan disiapkan menjelang September 2018
  • Taman Hutan: akan disiapkan menjelang September 2018
  • Kawasan Komuniti Surau Jumaat: akan disiapkan menjelang S4 2018 (ditangguhkan)
  • Kuil Hindu dan Pejabat Penyelenggaraan Taman: akan disiapkan menjelang S4 2018 (ditangguhkan)

Menjelang September 2018, hampir 15 ekar hutan dan lebih kurang 1.5km rentis hutan serta pintu gerbang masuk akan disiapkan dan dibuka untuk orang ramai. Ini akan memberikan gambaran awal tentang realiti masa hadapan apabila keseluruhan taman disiapkan menjelang akhir tahun 2019. Apabila siap sepenuhnya, akan terdapat lebih 4km rentis hutan dan hampir 30 ekar kawasan hutan yang mengandungi 5 ekar kawasan tapak perkhemahan di samping sisi ‘bandar’ taman yang mencakup Dek Tinjau, Kafe dan Kedai Runcit, Laluan Pejalan Kaki Hutan Bertingkat, Tasik, Kawasan Wetland, Kawasan Permainan Air, F&B Tepian Tasik dan Tempat Letak Kereta, serta Ruang Acara.

Sebagai sebahagian daripada taman yang sedang pesat berkembang, hampir 1,000 pokok telah dikenal pasti dan ditagkan oleh FRIM sebagai pokok hutan hujan etnik Malaysia yang sihat dan tidak boleh dipindahkan dari lokasinya yang sedia ada. Di samping itu, terdapat lebih 4,000 pokok hutan hujan etnik Malaysia, sebahagian daripadanya merupakan spesies terancam, kini ditanam di hutan Taman Tugu. Sehingga hari ini, sebanyak lebih 600 pokok telah ditanam.

Video di bawah menunjukkan proses yang telah diambil untuk mengekalkan dan memulihara hutan serta kerja-kerja yang dilaksanakan untuk mewujudkan rentis hutan dan juga menanam lebih 4,000 pokok.

Nikmati paparan video berikut!

Sebelum kerja dimulakan

Kerja yang sedang dijalankan



top