Perkembangan Semasa

Kiehl’s di Taman Tugu

Tarikh: 11 Oktober 2019
Lokasi: Taman Tugu

Pasukan Asia Pasifik dari Kiehl’s, dengan kerjasama Ecoknights, mengadakan hari CRS mereka di Taman Tugu pagi ini.

Lebih daripada 120 kakitangan Kiehl’s dari Malaysia, Indonesia, Taiwan, Jepun, Korea, Australia, dan New Zealand berkumpul di Taman Tugu dan membina taman herba hutan untuk Taman Tugu. Herba-herba hutan tersebut termasuk Daun Kadok, Misai Kuching, Ulam Raja, Mas Coteh, dan Serai. Selain daripada itu, 80 anak pokok-pokok hutan asli turut diderma dimana ianya ditanam di Laluan Hutan Tapak Semaian Taman Tugu yang akan dibuka kepada orang awam pada Hari Eko Taman Tugu pada 19hb Oktober 2019. Sebagai sebahagian daripada pengalaman mereka di Taman Tugu, mereka turut diberi lawatan berpandu ke Laluan Hutan Tapak Semaian Taman Tugu yang baru. Mereka turut diberi peluang untuk membuat ‘seed bombs’ yang boleh ditanam dimana sahaja.

Bagi mengatasi cuaca panas dan mengekalkan matlamat untuk memelihara alam sekitar, ais krim vegan oleh Kelava telah dihidang sepanjang acara terserbut. Sesi tersebut berakhir dengan makan tengah hari yang dihidang dari pelbagai trak makanan.

Kakitangan-kakitangan Kiehl’s meninggalkan Taman Tugu dengan perasaan mereka telah memainkan peranan mereka untuk memelihara dan memulihara bumi.

Matlamat hari ini adalah untuk kakitangan-kakitangan Kiehl’s meluangkan lebih banyak masa di luar dan untuk memupuk perasaan memiliki dan tanggungjawab terhadap persekitaran serta bertindak sebagai platform untuk mendedahkan orang ramai kepada alam semula jadi, hormati, dan menghargainya. Usaha oleh Kiehl’s ini adalah untuk kakitangan mereka dengan harapan agar mereka meluangkan lebih banyak masa bersama alam semula jadi dan akhirnya ia akan membuat mereka menjadi penjaga.

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Kiehl’s atas sumbangan mereka sebagai sokongan kepada Projek Taman Tugu dan pemuliharaan ruang-ruang hijau awam.

Sekiranya anda atau organisasi anda ingin menganjurkan sebarang program dan / atau aktiviti di Taman Tugu, sila email kami di greenscene@tamantuguproject.com.my.

Kunjungi Hari Eko Taman Tugu kami untuk melihat laluan hutan yang baru! Akan ada banyak aktiviti-aktiviti untuk anda, kawan-kawan anda dan juga keluarga untuk dinikmati. 



top