Perkembangan Semasa

Komitmen kepada Keselamatan


Tarikh: 27 Jun 2018
Tempat: Pejabat Tapak Projek, Tapak Semaian Taman Tugu dan Rentis Hutan

JLL, iaitu Konsultan Pengurusan Projek (Project Management Consultants,“PMC”) bagi Projek Taman Tugu, telah menjadi tuan rumah kepada Minggu Keselamatan Global tahunan organisasi tersebut di tapak Taman Tugu tahun ini.

Sesi bermula dengan sebuah taklimat mengenai Projek Taman Tugu dan komitmen kami terhadap keselamatan di dalam dan sekitar Taman Tugu, ketika dan selepas pembinaan – apabila taman hutan bandar ini dibuka kepada orang ramai.

Selepas sesi taklimat, satu lawatan diadakan ke rentis hutan dan diikuti oleh Majlis Anugerah kepada kakitangan yang komited kepada keselamatan dan telah mematuhi protokol keselamatan dengan cara yang terbaik.

Pada tahun lepas, JLL dianugerahi Anugerah Keselamatan ‘Building a Safer JLL’ bagi projek ini. Kami berbesar hati dapat bekerjasama dengan konsultan yang turut bersifat komited sepenuhnya kepada keselamatan seperti kami dalam menyiapkan projek Taman Tugu.



top