Perkembangan Semasa

Langkah Pemindahan #1


Tarikh: Sabtu, 20hb Mei 2017
Masa: 0900 – 1700
Tempat: Tapak taman Taman Tugu

Sebagai sebahagian daripada usaha pemuliharaan dan pemeliharaan keseluruhan tapak taman Taman Tugu, satu siri langkah pemindahan (transplanting exercise) akan dilaksanakan dengan kerjasama Persatuan Pencinta Alam Malaysia (Malaysian Nature Society,MNS).

Langkah pemindahan melibatkan pengekstrakan tumbuhan secara berhati-hati (seperti pokok renek, pokok hiasan dan anak daripada pokok lain) yang tidak dikenal pasti oleh Institut Penyelidikan Hutan Malaysia (Forest Research Institute of Malaysia , FRIM) untuk dipelihara di tapak dan dipindahkan ke tapak semaian untuk seterusnya disisih, dijaga dan diperuntukkan kepada kategori-kategori yang berikut:

  • Jenis-A: Dipindahkan semula ke tapak taman Taman Tugu selepas penyiapan
  • Jenis-B: Untuk dipindahkan ke taman awam/tapak semaian yang lain
  • Jenis-C: Untuk diberikan kepada taman persendirian

Langkah pemindahan akan dilaksanakan secara berperingkat berdasarkan pelan pembangunan keseluruhan tapak taman Taman Tugu.

Langkah tersebut bermula hari ini di kawasan Surau Jumaat baharu (hampir 3 ekar) dengan bantuan sukarelawan berdedikasi Kelab Pencinta Alam daripada Sekolah Menengah Darul Ehsan, Universiti Putra Malaysia, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Univerisiti Tenaga Nasional dan Universiti Malaya.

Kami berhasrat untuk bekerjasama dengan sekolah dan persatuan lain bagi langkah pemindahan yang akan dilakukan pada masa hadapan.



top