Perkembangan Semasa

Langkah Pemindahan #2

Tarikh: 30 Ogos 2017
Tempat: Tapak Taman Tugu

Langkah pemindahan kedua dilaksanakan oleh Persatuan Pencinta Alam Malaysia (“MNS”) bersama-sama dengan World of Sports Sdn. Bhd. (Columbia Sportswear) (“WoS”) sebagai sebahagian daripada inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (“CSR”) mereka.  

Sejumlah 40 orang sukarelawan daripada WoS, yang terdiri daripada pelbagai latar belakang, memindahkan 130 pokok dari tapak taman ke tapak semaian MNS. Di tapak semaian itu nanti pokok-pokok itu akan disisihkan, dijaga dan diagih-agihkan berdasarkan kategori yang berikut:

  • Jenis-A: Akan dipindahkan semula ke tapak Taman Tugu selepas taman disiapkan  
  • Jenis-B: Akan dipindahkan semula ke taman awam/tapak semaian lain  
  • Jenis-C: Diberikan kepada taman swasta  

Lebih banyak langkah penindahan telah dijadualkan dan akan dilaksanakan secara berperingkat berdasarkan pelan pembangunan keseluruhan tapak Taman Tugu.  

Kami mengalu-alukan organisasi swasta , sekolah dan persatuan lain untuk bekerjasama bersama kami untuk langkah pemindahan pokok yang akan datang.  



top