Perkembangan Semasa

Langkah Pemindahan #4

Tarikh: 5 Disember 2017
Tempat: Tapak taman Taman Tugu

Satu lagi langkah pemindahan pokok dilaksanakan oleh Persatuan Pencinta Alam Malaysia (Malaysian Nature Society, MNS) bersama-sama dengan Repsol Oil & Gas Malaysia Limited (Repsol) sebagai sebahagian daripada prakarsa Tanggungjawab Sosial Korporat oleh syarikat Repsol.

Hampir 30 sukarelawan daripada Repsol memindahkan lebih kurang 116 pokok dari tapak Taman Tugu ke tapak semaian MNS. Langkah pemindahan ini melibatkan pengekstrakan tumbuh-tumbuhan (seperti pokok renek, pokok hiasan dan anak daripada pokok lain) yang tidak di kenalpasti oleh Institut Penyelidikan Hutan Malaysia (FRIM) untuk dipelihara di tapak. Tumbuh-tumbuhan ini telah diekstrak secara berhati-hati dan dipindahkan ke tapak semaian di mana pokok-pokok ini akan diisihkan (sorting), dijaga dan dibahagikan ke dalam kategori yang berikut:

  • Jenis A: Untuk dipindahkan semula ke tapak Taman Tugu selepas penyiapan taman
  • Jenis B: Untuk dipindahkan ke taman awam/tapak semaian yang lain
  • Jenis C: Untuk dihadiahkan kepada taman-taman swasta

Lebih banyak langkah pemindahan lain telah dijadualkan dan akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat berdasarkan pelan pembangunan keseluruhan tapak Taman Tugu. Langkah pemindahan ini merupakan sebahagian daripada usaha pemeliharaan dan pemuliharaan masa hadapan Taman Tugu. Kami mengalu-alukan kolaborasi dengan organisasi swasta, sekolah dan persatuan untuk langkah pemindahan pokok pada masa hadapan.



top