Perkembangan Semasa

Langkah Pemindahan #5

Tarikh: 13 Januari 2018
Tempat: Tapak taman Taman Tugu

Satu lagi langkah pemindahan pokok telah dilaksanakan oleh Persatuan Pencinta Alam Malaysia (Malaysian Nature Society, MNS) bersama dengan wakil dari Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (Kuala Lumpur Convention Centre, Convex Malaysia Sdn Bhd) sebagai sebahagian daripada prakarsa Tanggungjawab Sosial Korporat syarikat ini. Sebelum langkah bermula, satu taklimat keselamatan diberikan kepada sukarelawan untuk memastikan kepatuhan kepada keperluan kesihatan dan keselamatan memandangkan kerja pembinaan telah berjalan di sesetengah kawasan di tapak.

Dalam tempoh pendek, iaitu 3 jam, hampir 30 orang sukarelawan telah menyelamatkan kira-kira 160 pokok dari tapak Taman Tugu ke tapak semaian MNS. Sesetengah sukarelawan juga membawa anak-anak mereka untuk menyokong langkah ini. Langkah pemindahan ini melibatkan pengekstrakan tumbuh-tumbuhan (seperti pokok renek, pokok hiasan dan anak daripada pokok lain) yang tidak di kenalpasti oleh Institut Penyelidikan Hutan Malaysia (Forest Research Institute of Malaysia, FRIM) untuk dipelihara di tapak. Tumbuh-tumbuhan ini telah diekstrak secara berhati-hati dan dipindahkan ke tapak semaian di mana pokok-pokok ini akan diisihkan (sorting), dijaga dan dibahagikan ke dalam kategori yang berikut:

  • Jenis A: Untuk dipindahkan semula ke tapak Taman Tugu selepas penyiapan taman
  • Jenis B: Untuk dipindahkan ke taman awam/tapak semaian yang lain
  • Jenis C: Untuk dihadiahkan kepada taman-taman swasta

Lebih banyak langkah pemindahan lain telah dijadualkan dan akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat berdasarkan pelan pembangunan keseluruhan tapak Taman Tugu. langkah pemindahan ini merupakan sebahagian daripada usaha pemeliharaan dan pemuliharaan masa hadapan Taman Tugu. Kami mengalu-alukan kolaborasi dengan organisasi swasta, sekolah dan persatuan untuk langkah pemindahan pokok pada masa hadapan.



top