Perkembangan Semasa

Langkah Pemindahan #6

Tarikh: 8 Mac 2018
Tempat: Tapak Taman Tugu

Pasukan CoSec Khazanah Nasional Berhad yang terdiri daripada 11 peserta mengambil bahagian dalam program pemindahan pokok yang dilaksanakan oleh Persatuan Pencinta Alam Malaysia (Malaysian Nature Society, “MNS”) sebagai sebahagian daripada inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (“CSR”) mereka.

Setiap sukarelawan memindahkan lebih kurang 11 pokok dalam tempoh 3 jam. Pokok yang dipindahkan itu dijaga di tapak semaian sementara tapak Taman Tugu yang sebelum ini merupakan tapak banglo yang usang.

Selain pokok-pokok yang dipindahkan itu, tapak semaian itu juga akan menempatkan dan menjaga lebih 4,000 pokok etnik hutan hujan Malaysia yang akan dipindahkan ke Taman Tugu.  Langkah pemindahan melibatkan pengekstrakan tumbuhan yang tidak dikenal pasti oleh Institut Penyelidikan Hutan Malaysia (Forest Research Institute of Malaysia , “FRIM”) untuk dipelihara di tapak. Tumbuhan ini (pokok renek, pokok hiasan dan anak daripada pokok lain) telah diekstrak secara berhati hati dan kemudiannya dipindahkan ke tapak semaian untuk seterusnya disisih, dijaga dan diperuntukkan kepada kategori-kategori yang berikut:

  • Jenis-A: Dipindahkan semula ke tapak taman Taman Tugu selepas penyiapan
  • Jenis-B: Untuk dipindahkan ke taman awam/tapak semaian yang lain
  • Jenis C: Untuk diberikan kepada taman persendirian

Lebih banyak program pemindahan lain telah dijadualkan dan akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat berdasarkan pelan pembangunan keseluruhan tapak Taman Tugu. Program pemindahan ini merupakan sebahagian daripada usaha pemeliharaan dan pemuliharaan masa hadapan Taman Tugu. Kami mengalu-alukan kolaborasi dengan organisasi swasta, sekolah dan persatuan untuk program pemindahan pokok pada masa hadapan.

Bagi mereka yang berminat untuk mengambil bahagian dalam program pemindahan pokok, sila hubungi kami menerusi borang yang terdapat di laman sesawang kami.



top