Perkembangan Semasa

Lawatan di Tapak oleh Jabatan Alam Sekitar

Tarikh: 17 October 2017
Tempat: Tapak Taman Tugu

Jabatan Alam Sekitar (JAS) di bawah Kementerian Sumber Asli & Alam Sekitar melaksanakan pemeriksaan tapak secara ad hoc di Kawasan Komuniti Taman Tugu. Kerja pembinaan telahpun bermula di kawasan ini meliputi Surau Jumaat baharu, kuarters kediaman dan sebuah kawasan gerai makanan. Pemeriksaan tersebut merupakan sebahagian daripada tatacara berkala yang dilaksanakan oleh JAS untuk memastikan Amalan Pengurusan Terbaik (BMP) di bawah Pelan Pengurusan Alam Sekitar yang diluluskan dipatuhi.

Secara umumnya JAS berpuas hati dengan kepatuhan kepada BMP namun beberapa syor diberikan oleh JAS untuk memastikan BMP dipatuhi secara berterusan – ini termasuk pelantikan pegawai alam sekitar tetap sepenuh masa di tapak.

Pasukan Projek Taman Tugu telah mengambil serius cadangan tersebut dan kini sedang dalam proses mengambil bekerja seorang pegawai alam sekitar tetap sepenuh masa yang akan ditugaskan untuk memantau pembangunan taman sehingga tahap penyempurnaan penuh.



top