Perkembangan Semasa

Lawatan oleh KWP, UKAS, JPPH, DBKL

Perbincangan di Banglo Khazanah ILMU (Pejabat Tapak Projek Semasa)
Tapak Kuil Hindu Semasa dan Bakal Dewan Acara
Tapak Pembinaan Surau Jumaat
Tapak Pembinaan Surau Jumaat
Tapak Pembinaan Surau Jumaat

Tarikh: 6 Februari 2018
Venue: Banglo Khazanah ILMU

Hari ini, kami menjadi tuan rumah kepada delegasi daripada KWSP, UKAS, JPPH dan DBKL di Banglo Khazanah ILMU yang kini digunakan sebagai pejabat tapak projek kami.

Tujuan lawatan tersebut, yang dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan & Pembangunan) KWP, Ybhg. Datuk M. Noor Azman Bin Taib, adalah untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai Projek Taman Tugu termasuk mendapatkan pengalaman melihat sendiri kemajuan yang telah dicapai di tapak. Delegasi menzahirkan rasa puas hati mereka terhadap kemajuan projek dan mereka teruja untuk menyaksikan penyempurnaan Fasa 1 yang dijadualkan pada awal –S4 2018. Fasa 1 merangkum Kawasan Komuniti Surau Jumaat, Kuil Hindu dan lebih kurang 20 ekar tapak taman hutan dengan rentis (trails) yang boleh diakses oleh orang ramai.

Kami juga membincangkan langkah-langkah utama dalam memuktamadkan perpindahan 66 ekar Taman Tugu dan tambahan 25 ekar tanah yang diumumkan baru-baru ini bersebelahan dengan tapak semasa kepada Amanah Warisan Negara (“AWAN”).

AWAN ialah Amanah Awam Nasional yang diwujudkan untuk memiliki, menguruskan (mengendalikan), memantau dan menyenggarakan 66+25 ekar tanah, serta semua bangunan dan aset (fasiliti) di tapak termasuk Khazanah ILMU. Sementara 66+25 ekar tapak Taman Tugu ialah aset-aset pertama yang akan dipindahkan kepada AWAN, matlamat jangka Panjang adalah bagi amanah awam ini untuk berpotensi melaksanakan lebih banyak projek yang melibatkan pembugaran, rehabilitasi dan/atau pengendalian ruang awam terpilih bersama-sama dengan aset warisan yang mempunyai kepentingan nasional sebagaimana yang diilhamkan oleh National Trust for Places of Historic Interest or Natural Beauty atau yang lazimnya dikenali sebagai National Trust UK.



top