Perkembangan Semasa

Lebih 400 tumbuhan dipindahkan

Tarikh: 19 Oktober 2017
Venue: Tapak Taman Tugu

Satu lagi program pemindahan pokok telah dilaksanakan oleh Persatuan Pencinta Alam Malaysia (Malaysian Nature Society, “MNS”) bersama-sama dengan wakil daripada Timberland Malaysia (“Timberland”) sebagai sebahagian daripada inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (“CSR”) mereka.

Sejumlah 41 sukarelawan dari Timberland telah memindahkan lebih 400 tumbuhan dari tapak Taman Tugu ke tapak semaian MNS. Ini adalah jumlah terbesar tumbuh-tumbuhan dipendahkan sejak pemulaan pembangunan tapak Taman Tugu dilaksanakan. Program pemindahan ini melibatkan pengekstrakan tumbuh-tumbuhan secara berhati-hati (seperti pokok renek, pokok hiasan dan anak daripada pokok lain) yang tidak dikenal pasti oleh Institut Penyelidikan Hutan Malaysia (“FRIM”) untuk dipelihara di tapak dan dipindahkan ke tapak semaian di mana pokok-pokok ini akan diisihkan (sorting), dijaga dan dibahagikan ke dalam kategori yang berikut:

  • Jenis A: Untuk dipindahkan semula ke tapak Taman Tugu selepas penyiapan taman
  • Jenis B: Untuk dipindahkan ke taman awam/tapak semaian yang lain
  • Jenis C: Untuk dihadiahkan kepada taman-taman swasta

Lebih banyak program pemindahan lain telah dijadualkan dan akan dilaksanakan secara berperingkat berdasarkan pelan pembangunan keseluruhan tapak Taman Tugu. Program pemindahan ini merupakan sebahagian daripada usaha pemeliharaan dan pemuliharaan masa hadapan Taman Tugu. Kami mengalu-alukan kolaborasi dengan organisasi swasta, sekolah dan persatuan untuk program pemindahan pokok di masa hadapan.



top