Perkembangan Semasa

Lee Kum Kee di Taman Tugu

Tarikh: 19 April 2019
Lokasi: Taman Tugu

Lee Kum Kee (“LKK”), jenama antarabangsa yang ternama untuk pelbagai sos, telah membantu kami dan rakan kongsi kami Global Environment Centre (“GEC”) untuk memulihkan aliran anak sungai di laluan denai Taman Tugu Fasa 2 pada pagi hari ini.

Sesi tersebut dimulakan dengan penerangan ringkas oleh GEC mengenai saliran-saliran air dan kepentingannya kepada ekosistem dan diikuti dengan butiran mengenai aktiviti yang diadakan. Sebagai sebahagian daripada aktiviti tersebut, pihak MBSB telah membersihkan daun-daun dan ranting-ranting daripada kawasan sumber air anak sungai tersebut untuk membenarkan aliran airnya mengalir dengan lancar. Mereka juga membersihkan bahagian-bahagian lain anak sungai tersebut untuk memastikan kebersihan dan kelancaran aliran air. Tumbuh-tumbuhan tanah lembap yang juga bertindak sebagai penapis semulajadi air, seperti pokok ‘Cattail’ dan ‘Coco-Yam’ telah ditanamkan di tebing sungai. Tumbuh-tumbuhan tersebut menyerap logam-logam berat dari badan air, dengan semulajadi membersihkan airnya.

Selepas aktiviti tersebut, pasukan LKK diberi lawatan berpandu sejauh 3-km ke Tapak Semaian Taman Tugu kemudian kembali ke Banglo Khazanah ILMU, dan mengakhiri program tersebut dengan makan tengahari.

Pemulihan anak sungai ini merupakan satu proses berterusan dan kami mensasarkan untuk memulihkan anak sungai tersebut dengan sepenuhnya supaya ia dapat bantu mengukuhkan lagi ekosistem di Taman Tugu memandangkan sungai dan anak sungai adalah penting bagi ekosistem yang seimbang. Di samping itu, kami sedang bekerjasama bersama GEC untuk menjalankan Pusat Pendidikan Terbuka Sungai di Taman Tugu iaitu kelas terbuka yang tertumpu kepada pemuliharaan sungai – mengajar mengenai kepentingan saliran air tempatan dan menggalakkan orang untuk melindungi saliran-saliran air tersebut daripada pencemaran. Tujuan kelas tersebut adalah untuk melahirkan masyarakat prihatin kepada sungai, menyemai nilai-nilai murni alam sekitar yang mantap dan mewujudkan alam sekitar yang lebih mampan terutamanya terhadap sumber sungai kita.

Kami amat berharap agar program-program pemulihan dan sesi kelas terbuka ini dapat memupuk perasaan memiliki dan tanggungjawab terhadap persekitaran dan semula jadi serta bertindak sebagai platform untuk mendedahkan orang ramai kepada alam semula jadi, memahami punca air kita, dan untuk menghargainya. Usaha-usaha ini adalah untuk masyarakat umum dan kami berharap dengan meluangkan lebih banyak masa dalam alam semulajadi, ia akan membuat mereka menjadi penjaga.

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada LKK atas sumbangan mereka sebagai sokongan kepada Projek Taman Tugu dan pemuliharaan ruang-ruang hijau awam.

Sekiranya anda atau organisasi anda ingin menganjurkan sebarang program dan / atau aktiviti di Taman Tugu, atau jika anda berminat atau ingin mendaftarkan anak-anak anda untuk program Pusat Pendidikan Terbuka Sungai ini, sila email kami di greenscene@tamantuguproject.com.my.



top