Pelan Induk Projek Taman Tugu

Keluarga dan Komuniti

  1. Surau Jumaat dan warong makanan
  2. Taman permainan termasuk kawasan permainan air
  3. Parkir dan ruang untuk acara luar
  4. Penyajian makanan dan minuman asli Malaysia di pinggir tasik
  5. Laluan pejalan kaki dan larisan sepanjang 500 meter
  6. Ruang acara tertutup memuatkan 1,000 orang
  7. Kuil Hindu

Pembelajaran dan Pendidikan

  1. Pusat Pendidikan Hutan Hujan yang menyediakan maklumat tentang Hutan Hujan
  2. Laluan pejalan kaki pendidikan dan larian sepanjang 800 meter
  3. Laluan pejalan kaki tepian sungai sepanjang 500 meter
    8,9 dan 10 merupakan usahasama dengan Malaysian Nature Society “MNS”
  4. Jambatan gantung sepanjang 80 meter
  5. Pusat pembelajaran dan inovasi untuk orang ramai

Aktiviti Luar

  1. Kawasan aktiviti lasak yang mungkin menempatkan aktiviti berasaskan graviti seperti ‘zip lines’ dan ‘rope-courses’ (yang akan muktamadkan menerusi maklum balas dan input dari orang ramai)
  2. Laluan hutan sepanjang 800 meter
  3. Gazebo bagi acara luar dan menara tinjau
  4. Kawasan perkhemahan

Kawasan Bersejarah

  1. Pejabat Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa Malaysia
  2. Rumah kelab Persatuan Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik
Laluan Lelangit di Pusat Pendidikan Hutan Hujan

Pembelajaran dan Pendidikan

Taman Tugu akan mempunyai zon pendidikan yang akan memberikan pengalaman pembelajaran secara interaktif yang menekankan kesedaran alam sekitar, pendidikan dan penghargaan terhadap hutan.

Pusat Pendidikan Hutan Hujan akan memberi peluang kepada pengunjung untuk mempelajari bagaimana menghargai keindahan hutan dengan lebih mendalam dan meningkatkan kesedaran mereka tentang alam sekitar apabila mereka mengenali dengan lebih dekat tentang flora dan fauna yang terdapat di dalam ekosistem hutan hujan Malaysia yang merupakan salah satu tarikan utama Taman Tugu.

Di zon ini, akan terdapat juga laluan penjalan kaki pendidikan dan larian sepanjang 800 meter dan laluan pejalan kaki tepian sungai sepanjang 500 meter. Tarikan di atas adalah usaha bersama Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS).

Pengunjung juga berpeluang untuk melihat pemandangan dari udara menerusi jambatan setinggi 80 meter. Di samping itu, pengunjung boleh melawat Pusat Pembelajaran dan Inovasi awam.

page_5_lakeside f&B 3-resizeKawasan permainan kanak-kanak – berair dan kering

Keluarga dan Komuniti

Zon Keluarga & Komuniti akan menyediakan gerai dan kedai makanan dan minuman asli Malaysia yang beroperasi selama 18 jam sehari. Turut dibina adalah ruang acara tertutup yang menghadap ke tasik buatan manusia. Ruang acara ini boleh memuatkan seramai 1,000 orang. Di samping itu, ruang acara luar boleh disewa untuk majlis perkahwinan, majlis korporat atau acara luar yang lain.

Di sekitar tasik buatan manusia, pengunjung juga boleh mengunakan trek sepanjang 500 meter untuk berjalan, berlari atau berjoging. Kawan permainan kanak-kanak yang berair dan kering juga ada untuk semua peringkat umur. Di sekitar kawasan ini, terdapat Kuil Hindu yang akan dibina semula dan dipertingkatkan seluas 30% daripada saiz asal. Dengan ini, ianyan boleh terus berkhidmat untuk masyarakat.

Untuk kemudahan pengunjung, kawasan parkir untuk kereta, bas dan motosikal akan disediakan. Surau juga akan dibina untuk kegunaan orang ramai.

Laluan Lelangit – di Pusat Pendidikan Hutan Hujan

Aktiviti Luar

Zon Aktiviti Luar akan dipenuhi dengan infrastruktur dan daya tarikan yang mempromosikan gaya hidup luar yang sihat. Kawasan ini mungkin akan mengenalkan aktiviti berasaskan graviti seperti talian zip dan kursus tali (berdasarkan pengundian oleh orang ramai). Untuk pejalan kaki , akan ada 800 meter laluan hutan untuk ditakluki.

Para pelajar dan golongan muda boleh menggunakan kawasan perkhemahan yang terletak di dalam zon ini. Orang ramai boleh menghadiri gazebo acara luar dan mendaki ke menara tinjau untuk menikmati latar langit Kuala Lumpur.

page_5_aerial-resize

Kawasan Bersejarah

Taman Tugu yang terletak bersebelahan dengan Tugu Negara juga merupakan satu tempat yang penuh dengan sejarah. Ianya juga di kelilingi dengan tempat bersejarah seperti Pejabat Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa ( ” ISIS “) dan juga rumah kelab untuk Persatuan Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik ( PPTD ).