Perkembangan Semasa

MAKNA di Taman Tugu

Tarikh: 16 Februari 2019
Lokasi: Taman Tugu

Majlis Kanser Kebangsaan (“MAKNA”) menganjurkan Aktiviti Treasure Hunt di Taman Tugu hari ini sempena Hari Penghargaan Sukarelawan MAKNA.

Hari Penghargaan Sukarelawan merupakan sebuah perayaan tahunan MAKNA untuk mengucapkan terima kasih kepada sukarelawan dari seluruh Malaysia atas perkhidmatan mereka. Para sukarelawan MAKNA, tanpa mementingkan diri sendiri, telah pun mendedikasikan diri mereka kepada misi MAKNA dan telah meninggalkan impak positif kepada kehidupan ribuan pesakit kanser terutamanya dari masyarakat berpendapatan rendah. Sebagai tanda penghargaan, MAKNA menganjurkan Hari Penghargaan ini untuk meraikan para sukarelawan tersebut.

Treasure Hunt adalah salah satu aktiviti yang diadakan bagi para sukarelawan di seluruh Malaysia untuk berkumpul mesra dan manjalinkan ikatan silaturahim.

Lebih daripada 90 sukarelawan dan ahli dari MAKNA berkumpul di Taman Tugu untuk menjayakan aktiviti ini. Sebuah taklimat ringkas mengenai projek Taman Tugu turut disampaikan sebelum aktivit Treasure Hunt dimulakan.

Di samping tujuan utama Hari Penghargaan Sukarelawan MAKNA, para sukarelawan juga berpeluang untuk mengenali satu sama lain serta berkongsi pengalaman. Aktiviti ini juga merupakan peluang bagi para sukarelawan dan ahli MAKNA untuk mempelajari tentang dunia semula jadi dan warisan hijau, serta usaha-usaha pemuliharaan alam semula jadi.

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada MAKNA kerana meraikan sukarelawan mereka di Taman Tugu dan sokongan mereka terhadap projek ini dan inisiatif pemuliharaan ruang hijau awam.

Jika anda atau organisasi anda ingin menganjurkan sebarang acara dan / atau aktiviti di Taman Tugu, sila emel kami di greenscene@tamantuguproject.com.my.



top