Perkembangan Semasa

Menandatangani MOU bersama JAWI, MAIWP dan Komuniti Surau

Madrasah Bustanul Ulum
Sesi Menandatangani MOU
Gambaran Surau Jumaat yang akan dibina

Tarikh: 7 Disember 2017
Tempat: Pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (“JAWI”)

Hari ini, Memorandum Persefahaman yang ke-4 telah ditandatangani dengan JAWI, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan ahli-ahli daripada komuniti Madrasah Bustanul Ulum (MBU).

MBU terletak di tapak Taman Tugu, iaitu lokasi yang dihasratkan untuk pembangunan taman ini. Dalam mengekalkan komitmen kami untuk tidak memindahkan penghuni semasa tapak, iaitu komuniti MBU, kami berinteraksi dengan JAWI, MAIWP dan komuniti itu sendiri secara kolektif untuk mendapatkan restu mereka bagi mereka bentuk dan membina Surau Jumaat yang baharu dan lebih besar, yang akan menggantikan MBU. Pembinaan Surau Jumaat baharu telahpun bermula. Surau tersebut akan ditempatkan di pinggiran taman, iaitu di kawasan timur laut.

Kami telah menganjurkan beberapa perbincangan tentang reka bentuk dalam kalangan arkitek, JAWI, MAIWP dan ahli-ahli jawatankuasa. Ini bagi memastikan pihak komuniti memberikan sumbangan kepada Projek Taman Tugu dan juga untuk menyuntik rasa kebertanggungjawaban dalam kalangan semua pihak. Dalam menandatangani MoU tersebut, kami berjanji untuk membina Surau Jumaat baharu untuk menggantikan MBU dan pihak yang lagi satu pula berjanji untuk menyelenggarakan dan mengurus Surau Jumaat baharu dan pada masa yang sama memastikannya memenuhi piawaian pengurusan taman. Di samping itu, JAWI dan MAIWP pula berjanji bahawa Surau Jumaat baharu akan dimiliki oleh Amanah Warisan Negara (AWAN).

Selepas penyiapan Surau Jumaat, JAWI, MAIWP dan komuniti MBU akan menandatangani sebuah perjanjian muktamad dengan Amanah Warisan Negara (AWAN).

Sila ambil perhatian bahawa Madrasah Bustanul Ulum akan terus digunakan sehingga Surau Jumaat yang baharu dibina siap dan beroperasi. Penyiapan Surau Jumaat disasarkan pada Merdeka 2018.



top