Perkembangan Semasa

Menandatangani MOU bersama Komuniti Taman Tugu Kuil

Gambar lama salah satu kuil Hindu dan salah satu kuil Hindu pada masa kini
Salah satu sesi kerja
Sesi Menandatangani MOU
Gambaran  kuil yang akan dibina

Tarikh: 23 November 2017
Tempat: Mercu UEM

Hari ini, kami menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) yang ke-3 dengan 2 komuniti. Yang pertama adalah dengan Institute of Strategic and International Studies (ISIS) Malaysia dan Persatuan Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PPTD). Dengan menandatangani MOU, komuniti-komuniti berjanji untuk membentuk satu jawatankuasa berdaftar bagi memantau kuil dan kami berjanji untuk membina kuil baharu bagi menggantikan kuil semasa dan memastikan upacara-upacara yang sewajarnya telah diadakan sebelum merobohkan kuil semasa.

Pada masa ini, di kawasan Taman Tugu, terdapat beberapa kuil Hindu yang dipercayai telahpun berusia sekurang-kurangnya 100 tahun. Kuil-kuil ini dijaga dan dipantau oleh dua komuniti berbeza. Dalam mengekalkan komitmen kami untuk tidak memindahkan penghuni semasa tapak ini, iaitu komuniti dan ahli ibadat kuil-kuil, kami mengumpulkan komuniti itu bersama dan berinteraksi dengan mereka untuk mereka bentuk dan membina sebuah kuil Hindu baharu yang akan menggantikan kuil-kuil semasa serta akan ditempatkan di pinggiran kawasan taman.

Selepas beberapa perbincangan, kedua-dua komuniti tersebut bersetuju untuk bergabung bagi membentuk satu jawatankuasa untuk menyokong dan menyumbang kepada Projek Taman Tugu. Jawatankuasa yang akan dibentuk ini akan memantau dan menguruskan kuil Hindu baharu yang akan dibina itu. Dalam proses mereka bentuk kuil baharu, kami mengadakan beberapa perbincangan reka bentuk antara arkitek dengan ahli-ahli jawatankuasa – satu bentuk usaha kolaboratif dengan komuniti-komuniti bagi memberikan sumbangan kepada projek Taman Tugu dan menyuntik rasa kebertanggungjawaban dalam kalangan kita semua.

Jawatankuasa yang baharu dibentuk itu akan menandatangani akhirnya sebuah perjanjian muktamad dengan Amanah Warisan Negara (AWAN).
Satu MoU terakhir akan ditandatangani dengan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan mewakili Surau Jumaat yang terletak di kawasan tapak Taman Tugu, Madrasah Bustanul Ulum, satu lagi penghuni semasa Taman Tugu.MoUakan ditandatangani pada minggu hadapan.



top