Perkembangan Semasa

Menentukan arah Kiblat bagi Surau Jumaat

Tarikh: 15 Februari 2018
Tempat: Taman Tugu, Tapak Kawasan Komuniti Surau Jumaat  

Tiga pegawai daripada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (“MAIWP”) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (“JAKIM”) berada di tapak untuk mengesahkan Kiblat (arah yang perlu dipatuhi ketika menunaikan solat) sebelum bidur konkrit yang pertama dapat disusun untuk pembinaan Surau Jumaat.  

Kawasan Komuniti Surau Jumaat meliputi 2.5 ekar daripada keseluruan kawasan Taman Tugu. Kawasan komuniti ini merangkum sebuah Surau Jumaat baharu, kuarters kediaman dan kawasan gerai makanan.  

Surau Jumaat baharu ini yang akan disiapkan menjelang Hari Kemerdekaan 2018, bertujuan menyediakan kemudahan yang lebih baik kepada komuniti dan akan menggantikan Madrasah Bustanul Ulum (MBU) sedia ada yang selama ini digunakan secara meluas terutamanya ketika Solat Jumaat. Surau Jumaat baharu ini dibina khusus untuk memuatkan kapasiti sehingga 2,000 orang jamaah termasuk kawasan solat luar. Surau Jumaat baharu ini juga akan lebih mudah diakses oleh orang ramai memandangkan ia akan ditempatkan di persimpangan Jalan Sultan Salahauddin dengan Jalan Berjasa.   

Para pegawai daripada MAIWP dan JAKIM menggunakan alat geoposisi untuk menentukan Kiblat, yang merupakan arah Kaabah di Makkah. Secara tradisi, ia merupakan sebagai simbol perpaduan umat Islam di seluruh dunia untuk mendirikan solat menghadap ke arah yang sama.

Kami telah memulakan ekskavasi terperinci di tapak pembinaan Surat Jumaat itu sendiri untuk membolehkan kerja konkrit tetulang (reinforced concrete) untuk dimulakan pada minggu hadapan.



top