Perkembangan Semasa

Pameran dan Pengundian Awam Greenovation Diadakan

Tarikh: 14 Januari 2018

Terima kasih kepada semua yang telah memberikan sumbangan kepada Projek Taman Tugu dengan mengundi reka bentuk pilihan anda. Kami berjaya mengumpul lebih 5,000 undi baik undi fizikal mahupun undi dalam talian sepanjang 3 hari, 12 Januari – 14 Januari.

Kami juga telah mengumpulkan maklum balas daripada jurutera, profesor, peserta akhir dan orang ramai atas reka bentuk yang disenarai pendek dan juga Projek Taman Tugu secara keseluruhan. Maklum balas yang kami terima adalah positif dan sangat bernilai bagi kami.

Kami berasa terharu melihat begitu banyak orang ramai yang hadir, kembali bersama rakan dan keluarga mereka, serta memberi mereka semangat untuk mengundi. Kami juga berbesar hati menyaksikan keterujaan pada kanak-kanak apabila mereka diminta untuk memilih reka bentuk kesukaan mereka dan juga projek secara keseluruhan. Merekalah sebenarnya hakim yang paling dihormati.

Terima kasih sekali lagi dan bagi mereka yang belum berpeluang untuk mengundi, anda masih boleh berbuat demikian secara dalam talian. Sila kunjungi laman Facebook Institute of Landscape Architects Malaysia (ILAM)’s  untuk melihat reka bentuk tersebut dan mengetik ‘Like’ untuk tiga reka bentuk terbaik pilihan anda bagi setiap kategori (Bangku dan Gazebo). Undian dalam talian ditutup pada 19 Jan 2018 (10pm).  Undian anda akan menyumbang kepada pusingan penjurian akhir.

Institute of Landscape Architects Malaysia (ILAM)


top