Perkembangan Semasa

Pameran dan Pengundian Awam untuk Greenovation

Tartikh: 9 January 2017

10 Peserta Terbaik yang menyertai Pertandingan Reka Bentuk Greenovation Taman Tugu telah dipilih berikutan satu sesi penyenaraian pendek yang diadakan pada 31 Oktober 2017 hingga 1 November 2017.

Kini, anda berpeluang untuk mengundi tiga reka bentuk terbaik pilihan anda bagi kedua-dua kategori, iaitu bangku dan juga gazebo. Tiga reka bentuk  daripada setiap kategori yang menang akan dibina di Taman Tugu untuk kegunaan orang ramai.

Butiran bagi pameran dan pengundian awam adalah seperti yang berikut:

Tarikh: 12 Januari – 14 Januari 2018 (Friday – Sunday)
Masa: 10:00am – 10:00pm
Tempat: The Circle (Bersebelahan Pappa Rich), Publika Shopping Gallery, 1, Jalan Dutamas 1, Solaris Dutamas, 50480 Kuala Lumpur.

Bagi mereka yang tidak dapat hadir ke pameran tersebut untuk mengundi, anda juga boleh mengunjungi Laman Facebook Institute of Landscape Architects Malaysia (ILAM) untuk melihat kesemua reka bentuk yang dipamerkan dan menekan ‘Like’ bagi tiga reka bentuk terbaik pilihan anda bagi setiap kategori (bangku dan gazebo) untuk mengundi. Pengundian dalam talian dibuka mula Jumaat, 12 Januari 2018 (10am) hingga 19 Januari 2018 (10pm).

Pertandingan Reka Bentuk Greenovation Taman Tugu, yang dilancarkan oleh mantan Perdana Menteri pada 4 September 2017, merupakan pertandingan berasaskan idea untuk reka bentuk bangku dan gazebo mesra hijau inovatif yang akan ditempatkan di Taman Tugu yang seluas 66-ekar. Pertandingan tersebut menerima respons yang amat menggalakkan dengan lebih 200 penyertaan yang penuh inspirasi oleh para pelajar dan pengamal seni bina di seluruh Malaysia.

Undian anda akan menyumbang kepada pusingan penjurian akhir. Pertandingan ini dan juga undian awam ini adalah sumbangan dan penyertaan orang ramai kepada Projek Taman Tugu.

Institute of Landscape Architects Malaysia (ILAM)


top