Perkembangan Semasa

Pandu Puteri di Taman Tugu

Tarikh: 18 November 2018
Lokasi: Tapak Semaian Taman Tugu

Open Company Girl Guides (Pandu Puteri) Association telah mendedikasikan pagi Ahad mereka untuk belajar tentang alam semula jadi dan aktiviti mengitar naik (‘upcycling’) di Tapak Semaian Taman Tugu.

Pandu Puteri tersebut memulakan aktiviti pagi dengan sesi berjalan kaki secara berpandu di rentis dan pembelajaran tentang sejarah Taman Tugu serta pelbagai fakta yang menarik tentang alam semula jadi serta flora dan fauna kita. Semasa sesi berjalan kaki ini, kumpulan gadis pandu puteri bertegas mahu meneroka rentis kedua yang dikatakan lebih mencabar.

Selepas sesi berjalan kaki, kumpulan gadis pandu puteri kembali ke tapak semaian dan belajar tentang bagaimana mereka dapat mengitar naik barangan seperti botol plastik, tisu gulung dan polibeg menjadi bekas penanaman. Kumpulan gadis pandu puteri lalu mencuba sendiri aktiviti menanam dengan mencampurkan tanah dengan kompos organik dan habuk kelapa, meletakkan tanah yang telah dicampurkan ke dalam bekas yang telah dikitar naik, dan seterusnya menanam spesies hutan yang dibiakkan menerusi batang.

Gadis pandu puteri ternyata gembira menikmati sesi pembelajaran di luar kelas ini yang menumpukan alam sekitar sebagai inti pati pembelajaran. Menghabiskan masa bersama alam semula jadi dan mempelajari flora dan fauna membantu meningkatkan skop perhatian kanak-kanak, kemahiran berfikir secara kreatif, dan kecerdasan emosi – aktiviti ini menjadikan mereka lebih bersifat penyayang dan lebih sedar terhadap penggunaan mereka. Gadis pandu puteri ini juga belajar tentang nilai alam sekitar kita dan cara untuk memeliharanya.

Sesi berakhir dengan perkelahan di Forest House yang menyaksikan kumpulan pandu puteri ini tidak menggunakan apa-apa barangan plastik selain membawa sisa yang ada pulang ke rumah.

Kami berbesar hati menjadi sebahagian daripada pengalaman pembelajaran di luar kelas bagi gadis pandu puteri dan kami berasa teruja untuk menjadi kelas pembelajaran bagi lebih ramai kanak-kanak lagi.

Jika anda berminat untuk melibatkan anak-anak anda sebagai sebahagian daripada alam semula jadi atau anda ingin mengambil bahagian dalam aktiviti suka rela bagi projek Taman Tugu, sila kirimkan e-mel anda kepada kami di greenscene@tamantuguproject.com.my.



top