Perkembangan Semasa

Pelancaran Festival Filem Eko (KLEFF) Antarabangsa 2019 di Taman Tugu

Tarikh: 13 September 2019
Lokasi: Taman Tugu

EcoKnights melancarkan Festival Filem Eko Kuala Lumpur (“KLEFF”) Antarabangsa di Taman Tugu hari ini untuk menyambut festival filem ini yang ke-12 dengan tema “Tindakan Iklim…Sekarang!”.

KLEFF Antarabangsa adalah platform pertama dan paling lama di Malaysia yang mempromosikan kehidupan mampan melalui pameran-pameran filem bertemakan alam sekitar, bengkel, ceramah, pameran, Pasaran Hijau, persembahan tempatan dan aktiviti-aktiviti menarik yang lain. KLEFF mempamerkan filem-filem penemuan baharu yang memaparkan dialog-dialog penting, merentasi hubungan antara manusia dan persekitaran mereka, mencabar cara orang berfikir tentang dunia semulajadi dan memberi inspirasi kepada mereka untuk membincangkan, meneroka dan bertindak terhadap isu-isu alam sekitar yang penting.

Tema tahun ini akan meneroka kisah individu-indvidu dan organisasi-organisasi yang komited untuk mengambil tindakan iklim untuk memberi impak maksimum keatas pembangunan mampan. Festival ini menerima sebanyak 233 serahan filem bertemakan alam sekitar daripada 48 buah negara dan daripada jumlah tersebut, 86 filem-filem penemuan baharu pelbagai tempoh dan genre akan ditayangkan sepanjang festival.

“Filem adalah alat yang sangat berkuasa, saya ingin melihat bagaimana Malaysia boleh menggunakan filem untuk membuat orang berfikir secara berbeza, mencetuskan perbualan, mengambil tindakan, membuat sesuatu daripada segala-galanya… Saya berharap KLEFF pada tahun ke-12nya, akan bergema dengan rakyat Malaysia dan memberi inspirasi kepada mereka untuk mengambil tindakan segera untuk Malaysia yang lebih baik dan mampan.’. kata Dr. Yasmin Rasyid, Pengasas dan Penasihat Kehormat KLEFF, semasa ucapan pembukaan beliau.

Hadir pada majlis pelancaran hari ini bersama Dr. Yasmin Rasyid adalah En. Fadly Bakhtiar (Pengarah Festival KLEFF), Pn. Stephanie Bacon (Timbalan Presiden Persatuan Pencinta Alam Malaysia (“MNS”)), Pn. Aina Ahmad (Pengurus Komunikasi Jenama bagi Kiehl’s Malaysia), Pn. Elina Jani (Pengarah, Pegawai Komunikai Strategik Perbadanan Teknologi Hijau Malaysia), rakan-rakan KLEFF, pembuat-pembuat filem, dan rakan-rakan kerjasama.

“Ini adalah tahun kedua MNS telah menyokong KLEFF dan EcoKnights, yang merupakan pihak berkepentingan dalam project MY Forest MNS yang dibiayai EU. Melalui KLEFF, MY Forest mampu memenuhi prinsip pembinaan kapasiti bagi pelakon tidak berkepentingan dalam advokasi hutan.’. kata Prof. Dr. Ahmad Ismail, Presiden MNS.

Pengarah Festival KLEFF, Fadly Bakhtiar berkata, “Kami komited untuk membawa kepada anda festival filem alam sekitar yang memperkayakan yang membawa kepada perbualan dan gerakan alam sekitar terhadap tindakan iklim. Kami berharap untuk terus maju dan berjuang untuk dunia yang lebih baik untuk semua orang dengan sokongan berterusan rakan-rakan, rakan-rakan kerjasama, media dan masyarakat umum.

Bagi mengikuti tema KLEFF tahun ini, Tindakan Iklim… Sekarang!, En. Fadly Bakhtiar telah terikat untuk membiak 100 pokok hutan asli Malaysia dengan menyertai Program Pendidikan Alam Semulajadi Taman Tugu Free Tree Society. Program ini melibatkan penanaman benih / batang pokok tumbuhan hutan asli Malaysia yang mana akan dijaga di Taman Tugu. Benih-benih / anak-anak pokok ini kemudiannya akan diberikan kepada program regenerasi hutan kebangsaan atau ‘penghijauan’ yang lain.

Bagi memulakan komitmen ini, Taman Tugu Project Development Sdn. Bhd. (“Taman Tugu”) menyumbang 3 anak pokok Angsana yang dibiakkan di Taman Tugu ke KLEFF dan rakan-rakan mereka, MNS dan Kiehl’s Malaysia untuk ditanam di lokasi masing-masing untuk terus ‘menghijaukan’ Malaysia.

KLEFF ke-12 akan berada di dua lokasi pada tahun ini, Publika Solaris Dutamas (7 – 13 Oktober) dan IGEM (9 – 11 Oktober). Ketahui lebih lanjut di  https://kleff.my/ atau ikuti KLEFF_MY atau EcoKnights di Facebook atau Instagram untuk perkembangan terkini.



top