Perkembangan Semasa

Pelancaran Program Pendidikan Alam Sekitar Taman Tugu Free Tree Society (“FTS”)

Tarikh: 19 Februari 2019
Lokasi: Taman Tugu

Kami merasmikan kerjasama kami bersama Free Tree Society (“FTS”) untuk program-program Pendidikan Alam Sekitar Taman Tugu FTS.

FTS adalah sebuah organisasi alam sekitar yang menyebarkan mesej pengawasan alam sekitar melalui pemberian pokok-pokok secara percuma dengan tujuan untuk menghijaukan bumi kita. Sejak 2013, FTS telah mengedarkan lebih 30,000 pohon pokok kepada pemilik rumah, sekolah, kumpulan yang terpinggir, taman-taman komuniti dan habitat hidupan liar untuk mengembang penanaman, menggalakkan biodiversiti dan untuk memupuk kecintaan terhadap alam sekitar.

Selari dengan misi penyebaran mesej pengawasan dan kesedaran alam sekitar, pengurusan sisa, penuaian air hujan, perkebunan, dan biodiversiti adalah diantara topik-topik yang sering dibincang oleh FTS bersama pengunjung-pengunjung serta para sukarelawan.

Program Pendidikan Alam Sekitar Taman Tugu FTS merupakan sebuah kelas terbuka yang menumpu kepada kesedaran dan pendidikan alam sekitar. Aktiviti-aktiviti yang diadakan memerlukan penyertaan yang aktif dari para peserta dan para peserta akan mempelajari mengenai pengurusan sisa, penuaian air hujan, pembiakan tumbuhan (“propagation”), perkebunan, dan biodiversiti.

Matlamat program ini adalah untuk memupuk rasa memiliki dan tanggungjawab terhadap persekitaran dan alam semula jadi serta bertindak sebagai platform untuk mendedahkan lagi orang ramai kepada alam semula jadi dan untuk menyebarkan pemahaman mengenai ekosistem kami serta bagaimana kami semua terhubung antara satu sama lain. Usaha-usaha ini adalah untuk masyarakat umum dan kami berharap dengan meluangkan lebih banyak masa dalam alam semulajadi, ia akan membuat mereka menjadi penjaga.

Sesi-sesi ini terbuka kepada orang awam setiap Sabtu tengahari bermula dari April. Sesi-sesi khas untuk sekolah-sekolah dan pertubuhan-pertubuhan juga turut diadakan.

Program ini merupakan sebahagian daripada program “Earth School @ Taman Tugu”, yang turut merangkumi program-program lain seperti program Penjagaan Sungai Taman Tugu Global Environment Centre, dan kerjasama-kerjasama lain bersama Ecocentric Transitions, Tatana Roots, dan Ecoknights. Kami juga sedang berusaha untuk mewujudkan lebih banyak kerjasama sebagai sebahagian daripada “Earth School @ Taman Tugu”.

Sila ikuti “Friends of Taman Tugu” di Facebook atau Instagram untuk maklumat terkini tentang program Pendidikan Alam Sekitar Taman Tugu FTS. Jika anda ingin menganjurkan satu sesi peribadi, sila email kami di tamantugu@freetreesociety.org.

Di samping itu, sekiranya anda ingin menyertai program “Earth School @ Taman Tugu”, sila email kami di greenscene@tamantuguproject.com.my.

Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada FTS untuk kerjasama ini.



top