Perkembangan Semasa

Pemberian Pokok – Kolej Tuanku Ja’afar dan Komuniti dari Melaka

Tarikh: 20 Februari 2020
Lokasi: Taman Tugu

Setelah membiak lebih daripada 5,000 pokok-pokok hutan yang berasal dari Malaysia melalui Program Pendidikan Alam Sekitar Taman Tugu Free Tree Society, kami telah memberi lebih daripada 50 anak-anak pokok ini kepada Kolej Tuanku Ja’afar dan sebuah komuniti daripada Melaka.

Program Pendidikan Alam Sekitar Taman Tugu Free Tree Society melibatkan pembiakan pokok-pokok hutan yang berasal dari Malaysia yang ditemui di Taman Tugu yang kemudiannya dijaga di Tapak Semaian Taman Tugu. Benih-benih / Anak-anak pokok ini kemudiannya akan diberikan kepada program regenerasi hutan nasional atau penanaman semula sebagai sebahagian matlamat kami untuk ‘menghijaukan’ semula Malaysia.

Antara spesis tumbuhan yang diberikan termasuklah Pagoda, Air Simpoh, Delonix Regia campuran, Cassia Fistula, Szygium Grande, dan Kapok.

Pokok-pokok ini akan ditanam di sekolah oleh para pelajar untuk ‘menghijaukan’ semula sekolah mereka manakala komuniti dari Melaka tersebut akan menanam pokok-pokok ini untuk mempopulasikan semula sebidang tanah, memberi manfaat kepada hidupan liar dan manusia untuk tahun-tahun akan datang.

Dengan ancaman yang kian meningkat terhadap apa yang tinggal didalam hutan kita, ianya adalah sangat berinspirasi untuk melihat sekolah mendidik pelajar tentang nilai dan kepentingan alam sekitar dan ekosistem kita termasuklah realiti perubahan iklim, dan komuniti yang kecil berusahan untuk membuat perubahan. Kita tidak perlu menjadi organisasi yang besar untuk membuat sesuatu yang berimpak, ia boleh dilakukan oleh setiap orang.

Berdasar kajian, pokok tropika sederhana boleh menyerap ~150kg CO2 setahun untuk jangka hayat selama 40 tahun (atau 6,000kg setiap pokok yang ditanam dalam 40 tahun).

Samada anda adalah dari sekolah, organisasi, atau komuniti terlibat dalam projek penghijauan semula, sila hubungi kami di ask@tamantuguproject.com.my.



top