Perkembangan Semasa

Pemberian Pokok – Real School Shah Alam

Tarikh: 14 Januari 2020
Lokasi: Taman Tugu

Setelah membiak lebih daripada 3,000 pokok-pokok hutan yang berasal dari Malaysia melalui Program Pendidikan Alam Sekitar Taman Tugu Free Tree Society, kami telah memberi lebih daripada 50 anak-anak pokok ini kepada sbuah sekolah di Shah Alam.

Program Pendidikan Alam Sekitar Taman Tugu Free Tree Society melibatkan pembiakan pokok-pokok hutan yang berasal dari Malaysia yang ditemui di Taman Tugu yang kemudiannya dijaga di Tapak Semaian Taman Tugu. Benih-benih / Anak-anak pokok ini kemudiannya akan diberikan kepada program regenerasi hutan nasional atau penanaman semula sebagai sebahagian matlamat kami untuk ‘menghijaukan’ semula Malaysia.

Antara spesis tumbuhan yang diberikan termasuklah Mangga Telur, Angsana, Simpoh Air, Delonix Regia, Hopea Odorata, Cassia Fistula, dan Szygium Grande. Pokok-pokok ini akan ditanam dikawasan kompaun sekolah oleh pelajar-pelajarnya.

Ianya adalah sangat berinspirasi untuk melihat sekolah mendidik pelajar tentang nilai dan kepentingan alam sekitar dan ekosistem kita termasuklah realiti perubahan iklim, dan penggalaknan pelajar-pelajar untuk menanam pokok. Berdasarkan Green Earth Appeal, pokok tropika sederhana boleh menyerap  ~150kg CO2 setahun untuk jangka hayat selama 40 tahun.

Samada anda adalah dari sekolah, organisasi, atau komuniti terlibat dalam projek penghijauan semula, sila hubungi kami di ask@tamantuguproject.com.my.



top